PBB JANGAN JADI SYAITAN, JANGAN KONGKONG AGAMA DAN UMAT ISLAM, ITU ADALAH HAK ASASI BAGI MEREKA,- Pak Karamu
Hudud: PBB kritik Brunei
PEJABAT Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukum
hudud di negara itu, lapor AFP.
Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, pihaknya prihatin dengan keputusan Brunei dalam pelaksanaan hukum hudud yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan.
Beliau memberitahu pemberita, kesalahan-kesalahan ini termasuk rogol, zina, liwat, hubungan seks luar nikah untuk orang Islam termasuk jenayah lain seperti rompakan dan pembunuhan.
Beliau turut menyentuh kesalahan lain seperti menghina Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan hadis boleh dijatuhi hukuman mati.
“Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.
Tekannya, melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia.
Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati.
Oktober tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.
Akta baru undang-undang syariah itu dikatakan telah dikaji selama bertahun-tahun.

1 orang berkata:
Apa, selama hari ni yg PBB selalu menyerang negara lain itu ikut perjanjian mana? Lagi pun menyokong dan membantu Israel haram menyerang dan mengusir rakyat Palestin itu boleh pula. Ajarkan PBB supaya gunakan cermin dgn betul!
Post a Comment