• DAP, PKR tentang hudud demi agenda politik  
  • Razak (duduk, tiga kanan) bersama ahli jawatankuasa KPKK melakar kenangan bersama Ahmad (duduk, empat kanan) selepas mengadakan pertemuan di JKR 10 di sini, kelmarin.
1 / 1
KOTA BHARU - Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) menyifatkan tentangan daripada DAP dan PKR terhadap pelaksanaan hukum hudud di negeri ini disebabkan menjaga kepentingan politik masing-masing.

Presidennya, Razak Abas berkata, mustahil bagi Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh tidak faham undang-undang hudud kerana beliau pernah diberikan penjelasan mengenainya sebelum ini.


“Berdasarkan pengalaman dalam politik, saya melihat bahawa DAP ingin menjaga keahlian mereka sahaja, saya melihat Karpal cuba mengelak dari dimarahi ahli-ahlinya jika menyokong usaha ini.