Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 7 April 2014

Menteri: Radar Indonesia tak kesan MH370

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menolak laporan yang mendakwa pesawat MH370 terbang di pinggir ruang udara Indonesia untuk mengelak dari dikesan.

Menurut Hishamuddin, pihak berkuasa Indonesia sendiri menafikan bahawa pesawat itu melalui pinggir ruang udara mereka.

"Berhubung radar (mengesan MH370 terbang di pinggir Indonesia), itu tidak benar.

"Saya meminta Panglima Angkatan Tentera Malaysia untuk menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia untuk mengesahkan mereka tidak mengesan pesawat tersebut."

Beliau memberi jawapan ringkas itu ketika ditanya dalam sidang media di Kuala Lumpur di Hotel Royale Chulan petang ini.

Sidang media itu diikuti secara langsung melalui satu stesen radio tempatan.

Beliau diminta mengesahkan laporan rangkaian CNN semalam, bahawa maklumat dari radar Indonesia menunjukkan pesawat tersebut terbang di pinggir ruang udara negara tersebut sebelum menuju ke Lautan Hindi.

Laporan itu turut mendakwa, maklumat berkenaan boleh membantu penyiasat meneliti profil psikologi kru penerbangan tersebut, terutama dua orang juruterbang yang mengemudi pesawat berkenaan.

Laporan tersebut memetik sumber tentera Malaysia yang tidak dinamakan.

Jurucakap pasukan tentera udara Indonesia Hadi pada pertengahan bulan lalu telahpun menafikan bahawa negara itu mengesan penerbangan MH370, berdasarkan dua radar di Indonesia barat.

“Sekiranya pesawat itu masuk ke wilayah Indonesia, dua radar tersebut pasti telah mengesannya,” katanya seperti dipetik dalam laporan Wall Street Journal.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.