Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 15 April 2014

SAMM: Lawatan ke Dubai membazir, Menteri amal ‘wasatiyyah songsang’

MUHYIDDINSolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Menteri Pendidikan menjelaskan kepada umum mengenai lawatan TPM 6 hari 5 malam ke Dubai dari 8-13 April lalu.

Merujuk kepada maklumat jadual penuh Timbalan Perdana Menteri ke Dubai yang dibocorkan oleh penjawat awam, TPM didapati hanya mempunyai urusan rasmi selama 4 jam iaitu pada 9 April yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Selebihnya hanya ditulis sebagai ‘private program’ dan ‘free program’ pada 10, 11 dan 12 April 2014.

Jadual yang dibocorkan itu akhirnya diakui sebagai draf awal dalam satu penjelasan oleh pihak menteri terbabit. Dalam penjelasan yang sama, pihak menteri bertanggungjawab tidak menyebut aktiviti pada tarikh 10 dan 11 April, hanya memaklumkan TPM menyertai satu acara golf rasmi yang dianjur oleh Tourism Malaysia pada 12 April 2014.

SAMM menegaskan bahawa lawatan kerja yang terlalu panjang ini adalah satu pembaziran wang rakyat. SAMM juga menuntut penjelasan penuh termasuk beberapa persoalan yang perlu dijawab, antaranya;

- Nyatakan berapa jumlah delegasi termasuk staf kementerian, keluarga, setiausaha politik dan sebagainya.

- Berapa jumlah perbelanjaan, penginapan, tiket-tiket penerbangan / sewaan jet peribadi ke atas semua delegasi TPM dan keluarganya selama 6 hari dan 5 malam di Dubai?

- Mengapa lawatan kerja rasmi ini mengambil masa terlalu lama untuk satu lokasi/negara?

- Ketika negara menghadapi jumlah hutang yang kritikal sehingga memaksa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenal, pembaziran umpama penganjuran satu percutian mewah tetap berlaku di kalangan menteri.

Ketika yang sama, rakyat sedang berkira-kira menyusun atur kehidupan meninggalkan kesenangan dan masa lapang untuk survival menghadapi cukai GST.

Bagi SAMM, situasi ‘wasattiyyah songsang’ yang diamalkan oleh menteri ini meninggalkan rakyat tidak banyak pilihan selain turun ke jalanraya pada tarikh yang paling afdal, iaitu Hari Buruh 1 Mei 2014.

Dari KLCC ke Dataran Merdeka,
Buruh Tani Mahasiswa Miskin Kota Berarak Bersama

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.