Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Susilo akui kekalahan dalam Pemilu


10/04/2014 6:28pm

JAKARTA - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, dalam kedudukannya sebagai pengerusi Parti Demokratik (PD), berkata, beliau menghormati keputusan pengiraan segera peninjau pendapat umum berwibawa yang meletakkan parti pimpinannya di tempat keempat dalam pemilihan umum (Pemilu) Parlimen pada Rabu.
"Dengan kepercayaan dan andaian bahawa keputusan pengiraan undi secara segera tidak akan banyak berbeza dengan keputusan pengiraan undi sebenar, kami terima kemenangan Parti Demokrat," katanya kepada pemberita pada Rabu seperti yang dipetik agensi berita Antara.
Susilo berkata, walaupun kelebihan undi yang diterima PD dalam pengiraan undi secara segera itu tidak tinggi, beliau dapat menerimanya dan percaya tidak berlaku sebarang penipuan dalam Pemilu.
Beliau juga menyeru kader dan penyokong parti itu di seluruh negara supaya menerima hakikat itu dan membuat persiapan dengan sebaik mungkin untuk menghadapi Pemilu Parlimen 2019.
"Bagi pihak Parti Demokratik, saya mengucapkan tahniah kepada Parti Demokratik Indonesia - Perjuangan (PDI-P), Parti Golkar dan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) atas kejayaan mereka mendapat jumlah undi yang relatif lebih tinggi," katanya. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_29.htm#ixzz2yTwg2CrS
Hakcipta terpelihara

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.