Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SILAP BERERTI SALAH

Thursday, April 10, 2014

Memali: Najib tidak perlu takut betulkan kesilapan Dr Mahathir, kata PAS

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk mendedahkan kebenaran peristiwa Memali pada November 1985 semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata dengan pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang mendakwa Dr Mahathir berada di Malaysia semasa insiden itu membuktikan Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 1985 penuh dengan pembohongan.

“Najib tidak perlu takut membetulkan kesilapan yang berlaku pada zaman Dr Mahathir dan kesilapan itu tidak perlu pada zaman pemerintahannya.


“Dewan dibohongi dan boleh jadi Musa dipaksa untuk membentangkan Kertas Putih pada 1986. 

Nama Dewan perlu dibersihkan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Musa dalam satu forum di Kota Baru mendedahkan Dr Mahathir berada di Malaysia dan bukannya di China sebagaimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini. –TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.