Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BESAR KE KES DUA ORANG NIH ?

25/08/14

Aduan terhadap 2 Adun Pas sudah dihantar

SHAH ALAM – Aduan terhadap dua Adun Pas yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam proses untuk dihantar ke Pas Pusat.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, sebahagian aduan sudah dihantar kepada Pas Pusat namun ada beberapa pihak yang masih belum berbuat demikian.

“...dan sekarang ini aduan dari kawasan dan dewan(dewan pemuda negeri) mula dihantar ke Pusat,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurutnya, selepas kesemua laporan yang lengkap diterima, Pas Pusat bakal membuat keputusan ke atas perkara itu.

Namun ketika ditanya jangkaan keputusan itu dibuat, beliau memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat.

“Selepas semua diterima, Pas Pusat akan beri keputusan. (Jangkaan) Yang itu kita serahkan kepada Pas Pusat,” katanya.

Sebelum ini Wan Azizah menerima sokongan daripada 15 Adun DAP, 13 PKR dan dua Adun Pas, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) hadir memberikan sokongan kepada presiden PKR itu sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat bersidang.

Sementara itu, dalam sidang media pagi ini, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada Pas Selangor sebelum mengambil sebarang tindakan.

7 orang berkata:

Anonymous said...

pecat ja ahli yg khianat parti sbg iktibar pada yg lain atau PAS akan dilihat sbg parti haru-biru mcm PKR. kalau dua makhluq ni kekal dlm PAS... eloklah Presiden & Tok Pa berundur. Tak salah bertegas demi kelangsungan Parti. Biar hilang dua pengkhianat.. dari hilang kepercayaan ahli yg lain. makhluq tu biarla PKR yg ambil!

Anonymous said...

PAS akan jadi parti lebai malang jika asyik nak pecat ahli tetapi pemimpin sendiri tak tahu nak memimpin. Kpd geng UG lebih baik keluar PAS masuk umno kalau dah ketagih sgt nak berpeluk dgn umno. PAS akan hancur jika bersama umno atau jadi kera sumbang bila bersendirian.

Rakyat hanya mahukan umno/bn berkubur.

Anonymous said...

Ini bukan soal ug.tapi isu tidak menghormati parti.
Bukankah khalid dipwcat kerana membelalangi parti? Adakah semua halal bagi pkr. Tapi salah bagi pas.
Bolej mampu bertahan hampit 60 tbahun. Adakah masih nak kata pwmimpin pas tak pandai memimpin?
Lihat sahaja pkr umor baru nak berteteh baru dpt.selamgor dah mula berebut tulang.
Berak merata.taiknya suroh pas bersihkam.
kalai dah hebat agt.napa dok paksa pas supaya aetuju dgn
Wam azizah?
Go a heaf dgn.dap
Kam dah cukop 30 tu

FIT said...

Elok tendang keluar jer

Anonymous said...

Dua org ni sokong pkr.dap rakan sekutu pas.bukan sokong umno.mca.mic.apa punya baral sokong rakan sendiri pun nk tanya tok ketua.pro le skit berpolitik.

jaffar said...

Pas ni dh mcm baguih Sgt..aq dh meluat lh

Anonymous said...

Terajang je 2 ekor tu, baguih ka x baguih ka pas yg penting dia lebih baguih dr pkr,dap yg x sokong hudud. Pkr lebih teruk drp umno. Pegi jahanam la pkr

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.