Isnin, 25 Ogos 2014
Apa akan jadi jika PKR tadbir Malaysia? soal Asri
Melalui
laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di
London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam
fikiran rakyat biasa. "Saya di London sudah hampir tiga minggu. Saya
hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.
"Maaf,
saya hanya tertanya diri saya: jika PKR yang seperti dalam keadaan
sekarang menguasai negara apa akan terjadi?", kata Asri, di laman media
sosial itu awal pagi tadi. Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR
tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah
hak demokrasi setiap rakyat di negara ini. "Maaf ahli-ahli PKR ini
soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen.
"Jangan
marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya,"
katanya. Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 'Likes'
dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian. Selangor kini berhadapan
krisis untuk menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana
dikatakan sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.
PKR
memutuskan untuk menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim. Dr Wan Azizah dikatakan menerima sokongan majoriti 30
ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR dan DAP, dengan dua
lagi Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD). Khalid yang kini
merupakan menteri besar dari blok Bebas mentadbir Selangor bersama
empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS.
Beliau
dijangka bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi
membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas PAS menyatakan
sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar. Parti Islam
itu sebelum ini menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali selain
Dr Wan Azizah, untuk menjadi menteri besar, namun Azmin menolak
pencalonan tersebut.


0 orang berkata:
Post a Comment