PKR kesal Pas tuntut kerusi
PASIR MAS - PKR Kelantan membidas tindakan pimpinan Pas negeri yang
mahu menuntut semula kerusi Dun Pengkalan Kubor dari parti berkenaan
ekoran kekosongan kawasan tersebut.
Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Negeri, Datuk Wan Suhaimi Wan Daud berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya timbul kerana agihan kerusi berkenaan telah diberikan kepada PKR sejak dua penggal lalu.
“Pada saya tindakan itu tidak wajar, lagipun agihan kerusi berkenaan dibuat atas persetujuan bersama ketika membentuk kerjasama antara Pas dan PKR sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai desakan Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri, Siti Zailah Mohd Yusof yang mahu PKR menyerahkan semula parti berkenaan pada PRK yang akan berlangsung dalam masa terdekat.
Sinar Harian semalam melaporkan Dewan Muslimat Pas Kelantan menuntut calon kerusi PRK Pengkalan Kubor diserahkan kepada Pas setelah dua penggal diwakili PKR tanpa sebarang kemenangan.
Kekosongan kerusi Dun Pengkalan Kubor itu berlaku apabila penyandang sebelum ini dari BN Noor Zahidi meninggal dunia Rabu lalu akibat penyakit kanser hati.
Pada PRU Lalu, Noor Zahidi mempertahankan kerusi berkenaan dengan mengalahkan calon PKR Shaharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736.
Katanya, sepatutnya Pas berikan tumpuan kepada PRK dengan membantu PKR merampas semula Dun Pengkalan Kubor dari tangan BN.
“Pada saya tidak perlulah panaskan keadaan dengan situasi ini, eloklah kita fikirkan strategi untuk menumbangkan BN pada pilihan raya itu nanti,” katanya.

4 orang berkata:
Berilah kpd.pkr.kita akan lihat nanti,bagaimana rakyat kelantan menyambut pkr.
Pkr yang berak merata,tetapi pas yg
Terpalit dan dipaksa cuci taik pkr. Tunggu. Kita kuborkan pkr di pkln.kubor sekali lagi.
Pkt hanya semangat bertanding pas jadi pak tolol tukang kempen bila menang pas ditinggalkan jika kalah pas disalahkan begitulah senerio hari ini pkr hanya pandai berhujah kerja tadak
Muslimat baru buat gempar ja.. PKR dah gelabah.. nampak sangat pengecutnya. ooooo... bila kena btg sendiri baru minta PAS bantu PKR nak bagi menang. pooorah...pigidahhhhh!!! kes selangor korang maki PAS siang mlm pg petang tadak pula rasa bersalah. dasar parti tak tau malu. PAS elok biarkan PKR bertanding DUN tu... biar berkubur PKR kat situ. toksah dok pening kepala kempen bg puak tu.. biar dorang susun strategi sendiri!!!
Dlm Susana Pkr tengah kalut DG masalah d Selangor..lebih baik jgn bagi penkalan kubur Pd pkr...kerana tidak dpt beri tumpuan PD ..kerja...Dan kurang min at pengundi Pd Pkr..
Post a Comment