Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sultan Selangor dijangka temui Wan Azizah

 

KUALA LUMPUR 25 OGOS: Ketua Umum KEADILAN,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka menerima menghadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail selepas menteri besar Selangor berbuat demikian esok.

Ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur, Anwar memberitahu pihaknya telah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Sharafuddin minggu lepas.

Katanya lagi, pihak istana turut mengesahkan menerima surat tersebut, lapor Malaysiakini.
“Istana telah mengakui menerima surat kami tetapi Tuanku perlu melalui proses menerima menghadap dengan menteri besar dahulu dan kemudian Wan Azizah,” katanya.

Menurut Anwar lagi, beliau bagaimanapun tidak tahu bila pihak istana akan menemui Wan Azizah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan, beliau akan menghadap sultan Selangor esok berhubung kedudukannya sebagai menteri besar. Sultan telah pulang daripada kunjungan ke Eropah.

Pertemuan itu penting bagi menyelesaikan krisis pentadbiran negeri selepas PAS menarik balik sokongan terhadap Khalid selepas dipecat daripada KEADILAN.

3 orang berkata:

Anonymous said...

semoga sedara mara semuslim buangla rasa taksub pada parti2 politik,carila kekuatan hingga dpt berlepas diri dari mereka..mereka sama sahaja..anda penat2 berdemo kene tembak meriam air sebab nakkan keadilan tapi pemimpin mereka selamba buat anda macam lembu x bleh fikir,selamba dia nak lantik bini sendiri jadi mb,anda teruk2 ikut demo kerana ada kecenderungan hati ingin hidup beragama,tapi agama anda mereka tentukan dgn ketentuan raju,abu dan ahseng di parlimen dan pru..anda penat2 menyokong parti yg selama dekat 60 tahun memerintah anda tetap hidup susah juga,mereka yg senang lenang..apakah x cukup2 bukti yg mereka itu semua hanyalah parti2 politik yg sama saja perangainya bahkan mereka semua lahir dari tong yg sama..tong demokrasi..tertipu lah kita semua sebab dahagakan kebenaran,atas kelemahan kita..kita pun cari kebenaran dalam tong yg sama dgn mereka,kita pun ikutla parti2 yg melaung2kan nakkan kenenaran kononnya..bahkan sbnrnya mereka lebih teruk dari parti yg teruk sedia ada..tgglkan je la mereka semua tak kira parti apa..mereka silap jalan tapi mereka kaya raya..kita silap jalan dh la hidup susah,kena tipu pulak jadi mcm lembu dia..agama pulak kena mintak izin ahseng kat parlimen dan pru..kita rakyat marhaen la yg kena sampai lunyai..mereka banyak duit baiiii....carila kekuatan tgglkan mereka x kira parti apa..buangla rasa taksub jauh2..

tuanisma said...

anom10.37 kenapa otak penghasut awak ni macam obama.disebab orang macam awak lah bangsa boleh hancur jangan nampak orang xbetul kalau awak ditempat orang2 tu rasa2 awak lagi teruk k n manasabah diri istifar byk2

Anonymous said...

sudah la ko x payah poyo,aku ajak kwn2 sesama muslum jgn taksub pun ko melompat..ko nak sokong2 je la..ada aku pakse?hehe

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.