Buat perkara 'berani', perlu fikir kesannya
SHAH ALAM - Seorang pakar motivasi mengingatkan masyarakat agar
senantiasa berfikir tentang kesan serta akibat daripada setiap perkara
yang mereka lakukan.
Mengambil contoh kejadian yang menimpa peserta pesta bogel yang kini
hidup dalam ketakutan, Dr HM Tuah Iskandar berkata, oleh itu masyarakat
kita perlu sentiasa perlu 'beringat' dan jangan terlalu berani melakukan
sesuatu perkara di luar batasan.
“Jangan lakukan perkara yang kurang bijak... iaitu tindakan yang luar daripada norma kehidupan masyarakat kita.
“Perkara tersebut nampak ‘berani’ namun memperlihatkan kebodohan, oleh
itu kita kena fikir kesannya iaitu kesan kepada keluarga, negara dan
masyarakat. Oleh itu nasihat saya janganlah buat sesuatu yang memalukan
diri kita sendiri,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Menurut Dr HM Tuah lagi, mereka yang menyertai pesta sukan bogel itu
mungkin beranggapan ia suatu yang diiktiraf sebagai berfikiran terbuka
dan moden mengikut cara barat,
namun hakikatnya mereka terperangkap dengan fikiran dan andaian mereka sendiri.
“Mereka rasa mereka sudah maju, namun sebaliknya dunia barat mentertawakan mereka.
“Dunia kita tidak terima perkara itu, namun di barat sebaliknya, oleh itu kita kena ambil cakna mengenai perkara ini,” katanya.
Negara baru-baru ini dikejutkan dengan tersebarnya video pesta bogel di
Teluk Bahang, Pulau Pinang yang dimuatnaik di laman sesawang yang
akhirnya membawa kepada kes polis.
Kesemua 15 peserta terbabit yang terdiri daripada tujuh warga tempatan,
empat dari Singapura, dua Myanmar dan masing-masing seorang dari India
dan Filipina.
Menurut salah seorang penganjurnya yang merupakan warga tempatan dan
kini bermastautin di Singapura, kehidupan peserta yang terlibat berada
dalam keadaan ketakutan setiap hari kerana mereka dilihat seperti
seorang ‘penjenayah’.
“Kami tidak dapat tidur setiap hari kerana kehidupan kami tertekan,
takut dan sedih. Juga kami dalam situasi cuba mengelak diri daripada
semua pihak," katanya.
Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan iaitu
atas kesalahan mengenai kesopanan di tempat awam yang membawa hukuman
maksimum penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika
sabit kesalahan.
0 orang berkata:
Post a Comment