• Prabowo (tengah) semasa perbicaraan mencabar keputusan Pilpres 2014 di Mahkamah Perlembagaan Indonesia. Prabowo (tengah) semasa perbicaraan mencabar keputusan Pilpres 2014 di Mahkamah Perlembagaan Indonesia.
1 / 1
JAKARTA - INDONESIA. Calon Presiden Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto memulakan cabaran undang-undang terhadap keputusan Pemilihan Umum Presiden Indonesia (Pilpres) 2014.

Cabaran dibuat selepas beliau mendakwa terdapat penipuan dalam pengundian yang menyebabkan kekalahannya kepada Joko Widodo atau Jokowi dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

Dalam ucapannya di Mahkamah Perlembagaan, Prabowo membidas ketidakjujuran dan ketidakadilan pengundian dan membandingkan politik di Korea Utara selaku negara demokrasi ketiga terbesar dunia.

"Ratusan tempat mengundi yang ada gabungan kami mendapat undi sifar, Keadaan ini hanya boleh berlaku dalam sebuah negara totalitarian seperti Korea Utara.

"Saya hanya ingin menegakkan keadilan untuk rakyat Indonesia. Jika keadilan tidak ditegakkan kami bimbang dengan masa depan negara ini. Kami telah dilayan secara tidak adil dan adalah hak kami untuk berasa marah,"katanya dipetik AFP.

Kes perbicaraan yang diadakan semalam hanya berlangsung selama beberapa jam dan berakhir dengan sembilan panel hakim mengarahkan pasukan Prabowo menyemak semula dokumen mereka dan mengemukakan semula Sabtu ini.