Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, August 22, 2014

Nurul Izzah sindir siapa dalam ucapan perasmian Kongres Wanita PKR ni?


Dalam ucapan perasmiannya, Nurul mempertahankan kepimpinan wanita sebagai salah satu penyumbang kepada pembentukan negara.

Dalam ucapan di kongres Wanita PKR sebelumnya, beliau turut mempersoalkan sesetengah pihak yang menggunakan hujah agama bagi menolak wanita menjadi pemimpin.
Sidang perwakilan Wanita KEADILAN yang saya dikasihi: 
Kongres KEADILAN Nasional ke 10 ini memperlihatkan 15 tahun kita mendepani cabaran menghidupkan bukan sahaja sebuah parti, malah cabaran untuk bersama mengangkat agenda reformasi untuk wanita. 
Kita hairan mengapa sehingga ke hari ini, masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita yang masih menganggap wanita selaku pemimpin dan ketua itu suatu yang dianggap asing dan “taboo”. Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan hujah agama bagi menghalang wanita dari terus memimpin. 
Kita harus melihat ke kiri dan ke kanan dan memberi ucapan tahniah buat semua wanita, calon wanita yang telah berani mengorak langkah untuk bertanding, untuk berkempen, menempa nama dalam sejarah Dan arena politik tanah air. 
Sejarah telah membuktikan bahawa wanita turut mempunyai pengaruh yang besar dalam melakar corak pembentukan negara yang kita ada pada hari ini. 
Tokoh-tokoh seperti Shamsiah Fakeh, Tan Sri Paduka Seri (Dr.) Aishah Ghani, Tan Sri Datin Sri Cempaka Kontik Kamariah dan Dato’ Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang masing-masing telah memberikan sumbangan mereka yang tersendiri kepada Malaysia. 
Kita mungkin tidak bersetuju dengan sesetengah aliran-aliran pemikiran politik mereka, namun, tiada siapa yang boleh menafikan akan sumbangan mereka, termasuklah teman-teman sekalian dalam pembentukan negara yang kita cintai ini. 
KEADILAN merupakan sebuah parti yang memperjuangkan keadilan buat semua; dengan penumpuan mengurangkan jurang ekonomi sosial dan juga politik. 
Sasaran 30 peratus penglibatan calon wanita – diterajui KEADILAN jua. Jangan dilupa bahawa Keadilan merupakan Parti Politik Utama Malaysia yang pertama yang mempunyai seorang wanita sebagai Presiden Parti. 
Allah SWT berfirman: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”- (surah At-Taubah, ayat 71) 
Di sini juga jelas bagi umat Islam bahawa, apa yang penting bukanlah gender dalam isu kepimpinan, akan tetapi atas isu apa yang mereka bawa bersama-sama dalam perjuangan. Jika yang dilawan adalah kezaliman, maka tiada salahnya perempuan untuk memimpin. 
Di dalam sejarah umat Islam, Saidatina Aisyah, isteri Nabi diakui dalam kepimpinannya terutama dalam usahanya menuntut bela atas kematian Khalifah Uthman. 
Malah, jika kita masih ingat diceritakan oleh Allah atas pengiktirafannya dengan kepimpinan Ratu Balqis, sebagai wanita di peringkat yang tertinggi yang memimpin kerajaan Saba’ membawa kebaikan dunia dan akhirat untuk umatnya setelah bertaubat, dan ini juga menjadi hujjah Dr Yusoff Al-Qaradawi dalam mengharuskan wanita memegang jawatan tertinggi. 
Malah banyak lagi contoh yang boleh saya bawakan seperti yang disebut oleh tokoh Muslimah, Fatima Mernissi (1993) dalam bukunya “The Forgotten Queen of Islam” yang menyenaraikan sejumlah pemimpin-pemimpin Islam wanita dunia sepanjang sejarah termasuklah Malika Asma dan Arwa yang memimpin Yemen pada tahun 1091-1138, Sultanah-Sultanah di Mesir, India, Maldives, Indonesia dan Mongol, seterusnya pemimpin wanita Islam moden seperti Benazir Bhutto dan Megawati Sukarnoputri yang menjadi pemimpin tertinggi negara masing-masing teks ucapannya yang penuh sila baca di ( SINI )


Sudah-sudahlah... bila nak habis perang saudara ni kalau semuanya mengungkit tak sudah-sudah??

1 orang berkata:

Anonymous said...

Org benci sbb satu keluarga perangai gila kuasa. Huduh pribadi, ha..ha

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.