• Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin mengadakan sidang media berkenaan isu politik Selangor di Ibu Pejabat Keadilan, di Petaling Jaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI  
  • Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin mengadakan sidang media berkenaan isu politik Selangor di Ibu Pejabat Keadilan, di Petaling Jaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
1 / 1
PETALING JAYA - PKR Selangor menasihatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut secara baik.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan Lembaga Disiplin PKR yang telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid.

Beliau turut menyatakan harapan agar pimpinan baharu di bawah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dapat menyelesaikan krisis kepimpinan yang berlarutan itu.

"Kita amat berharap Abdul Khalid faham, dalam kedudukan politik beliau yang diletak oleh parti sebagai menteri besar dan kita minta beliau dengan cara terhormat untuk mengundurkan diri ," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Jelasnya keputusan menyokong penamaan itu dicapai melalui beberapa siri mesyuarat parti yang dijalankan sebelum ini.

Menurutnya, 18 ketua cabang, enam ahli Parlimen dan 10 Adun menyokong keputusan itu dengan Mohamed Azmin Ali yang juga Ketua Cabang Gombak dikecualikan.

Tambahnya, selain isu-isu besar termasuk penstrukturan air dan Kidex, Abdul Khalid juga dilihat tidak efektif dalam mengendalikan pengurusan pada tahap pihak berkuasa tempatan (PBT).