Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

  Layanan 2 Darjat MH17 & Korban Lahad Datu: Laksamana (B) Selar Sikap Kerajaan


Layanan dua darjat antara MH17 dengan korban Lahad Datu - Perwakilan PKR

SHAH ALAM: Pada saat negara bersedih selepas kembalinya jenazah mangsa MH17 semalam, seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.
Perwakilan Perak, Mohamad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, ia sekali gus membuktikan isu Lahad Datu hanya 'drama' yang dirancang pihak tertentu.

"Bila kita lihat apabila kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, ia berbeza benar berbanding dengan kematian mangsa MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya. Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17," katanya semasa membahas usul politik pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Pada Mac 2013, pertempuran terjadi di antara pihak keselamatan dan pengikut pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Ia mengakibatkan dua anggota terkorban di Lahad Datu selain enam lagi di Semporna.

Jelas Mohamad Imran, kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap isu berkenaan selain mengakui turut bersimpati dengan mangsa nahas MH17.

"Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan pejuang-pejuang kita meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada sambutan yang sebegitu, inilah yang kita minta kerajaan beri penjelasan," ujarnya.

Tambahnya, detik kejadian Lahad Datu iaitu tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 juga dilihat mempunyai muslihat tersendiri.

"Peristiwa serangan di Sabah sudah berlaku sejak 1986, 1991, 1990 tetapi tidak ada tindakan sivil yang diambil oleh pihak kerajaan

"Tetapi pada tahun 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan dilaksanakan. Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama tetapi selamat.

"Oleh kerana kita lihat ia berlaku tiga bulan sebelum pilihan raya apabila berlaku pada bulan Februari, tidak ada tindakan yang diambil sehingga masuk bulan Mac," katanya.

Pada Mei tahun lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkata pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Jelasnya, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti. -astroawani


'Warga tentera diperlaku seperti hamba abdi'

Perwakilan dari Perak Laksamana (B) Imran Abdul Hamid hari ini mempertikaikan penggunaan anggoita tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17.

Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah.

Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.

"Apabila kita lihat, kematian sepuluh perwira kita disambut secara ala kadar berbanding dengan (sambutan) kematian MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi untuk menguruskannya.

"Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17.

"Bukan kita tak bersimpati tetapi mengapa sampai begitu sekali.

"Sedangkan, pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini.

'Beri penjelasan'

Beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan tentera dalam sambutan itu.

"Inilah yang kita minta kerajaan bagi penjelasan," katanya

Semalam, seluruh negara bertafakur selama seminit tepat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat itu.

Dinamakan Hari Perkabungan Negara, jenazah yang tiba di Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Belanda, diberikan penghormatan menurut istiadat ketenteraan.

Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong juga berkenan mencemar protokol dengan memberi tunduk hormat kepada jenazah yang melintas di hadapan mereka.

Pesawat angkatan tentera C130 juga diguna untuk menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Selain itu, helikopter EC725 digunakan untuk menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor.
-mk











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI




2 orang berkata:

FIT said...

Nak buat macamana itulah kerajaan Rakyat yang pilih

Anonymous said...

Kita yg pilih, kitalah yg tanggung

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.