Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, August 4, 2014

PR mahukan Azmin sebagai MB Selangor, bukan Wan Azizah..


Mesyuarat Biro Politik Khas PKR yang berlangsung pada malam Ahad di Ibu Pejabat PKR difahamkan menjadi pertemuan pemutus isu pengganti Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat 'berdegil' untuk melepaskan jawatan.

Permintaan Abdul Khalid yang dikatakan hanya akan mengundur diri sekiranya digantikan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini hanya menimbulkan kemelut dalaman Pakatan Rakyat (PR) terutama penolakan daripada PAS.

Menurut sumber dalaman PKR, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang menolak pencalonan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali kini terpaksa berfikir dua kali untuk menamakan 'anak didiknya' sebagai MB Selangor demi menjernihkan kemelut dalaman PR sendiri.

"Anwar sebelum ini telah terpaksa menolak cadangan menamakan Azmin sebagai MB atas permintaan Khalid. Akan tetapi apabila keadaan celaru begini, Anwar memerlukan Azmin," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

Sumber itu mengulas isu pertukaran Abdul Khalid dengan Wan Azizah yang dijangka berlaku bulan ini.

PAS sebelum ini menyatakan pendirian mahu Abdul Khalid kekal menerajui Selangor selain DAP dilihat mengambil pendirian senyap dan memerhati sahaja.

Bagaimanapun, isu ini menimbulkan pergolakan di dalam PR selepas beberapa pemimpin PAS dan DAP menyatakan pandangan masing-masing yang bersifat kontra dengan keputusan pertukaran jawatan MB itu.

Ia juga dilihat semakin kronik selepas mesej kumpulan WhatsApp AJK PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.

Jelas sumber itu lagi, Azmin yang baru pulang daripada umrah sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dikatakan bakal menjadi calon alternatif MB Selangor biarpun tanpa persetujuan Khalid.

"Pemilihan Azmin ini dikatakan setelah mendapat 'lampu hijau' daripada DAP dan juga memenuhi kehendak PAS untuk calon MB selain daripada wanita. Azmin juga menerima sokongan majoriti Pengerusi - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR yang telah disampaikan kepada Anwar.

"Antara negeri yang dikatakan memberikan sokongan penuh kepada Azmin sebagai calon MB adalah Pengerusi MPN Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sarawak," ujarnya.

Kata sumber itu, dalam mesyuarat MPP yang lalu, keputusan memilih Wan Azizah dibuat tanpa proses undian setelah cadangan mencalonkannya dicadangkan Anwar.

"Anwar sendiri tidak mahu menerima cadangan nama lain termasuk‎ cadangan daripada MPN Selangor yang mencalonkan Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali," katanya.

Ujar sumber itu, Azmin yang mendapat sokongan majoriti pimpinan MPP dalam mesyuarat tersebut tidak dibenarkan untuk bersuara dan menyatakan sokongan lapor AstroAwani

5 orang berkata:

Anonymous said...

Azmin jadi MB selangor???? lingkuplah selangor!! adik pompuan sekoq pun tak terjaga... inikan pula nak jaga negeri! kesian penduduk selangor.. termasuk aku la kat kota warisan ni. Jahanam la khazanah negeri selangor. Aku tetap sokong TSKI! tukar MB.. PRU 14 aku & keluarga tukar undi!!!

Anonymous said...

Azmin punya pasai la khalid kena tukar

Anonymous said...

PKR gila kuasa
Pasti bungkus pru14.

Anonymous said...

Gitu le nampak nye weh.bungkus le pru14 nanti,besorak le puak umno.azmin xyeh le nak jd menteri besor,makin parah lg weh.

Unknown said...

ya betul .... TSKI dah jalankan tugas dgn baik..yg kalut nak tukar MB ni apa hal?? ada kah MB yg baru ni telah terbukti lebih bagus dari TSKI..??? tunggu la pilihanraya weiii dok menyalak mcm ni kami pun naik bosan dgn PR dah bro....ni baru MB dah kalut..pegang PM nanti tiap2 tahun tukaq pasal x bagus....puiiiii

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.