Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rafizi gesa Khalid tidak susahkan rakyat Selangor dengan pembubaran DUN

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menolak kemungkinan besar berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mengarahkan ahli PKR bersiap sedia sekiranya perkara itu berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2014.Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menolak kemungkinan besar berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mengarahkan ahli PKR bersiap sedia sekiranya perkara itu berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2014.Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur secara baik dan jangan menyusahkan rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Rafizi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan besar berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mengarahkan ahli PKR bersiap sedia sekiranya perkara itu berlaku.
"Ada kemungkinan beliau akan mempersembahkan cadangan untuk memperkenankan bubar DUN," kata Rafizi dalam ucapan penggulungan Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak lama lagi bagi menjelaskan kedudukannya selepas hilang sokongan majoriti Adun Selangor. "Saya hendak ingatkan Khalid walau berbakul-bakul integriti dan nama baik yang ada sebaik-baiknya uruskanlah peralihan dengan menghormati suara rakyat.
"Jangan berniat untuk sabotaj rakyat dengan membubarkan DUN," katanya.
Menurut Rafizi, PAS akan bermesyuarat esok pagi untuk menentukan sama ada 13 lagi Adun mereka akan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.
Sebelum ini dua Adun PAS dari Hulu Klang dan Morib bersama-sama 28 lagi Adun Pakatan Rakyat (PR) sudah menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid. – 24 Ogos, 2014.
MENYUSUL LAGI
Comments 0
The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-gesa-khalid-tidak-susahkan-rakyat-selangor-dengan-pembubaran-dun#sthash.sXwg55Ln.dpuf

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.