• Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid menjawab soalan pemberita di lokasi runtuhan konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara di Kuala Lumpur hari ini. Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.30 malam tadi. - Foto Bernama  

1 / 1
SHAH ALAM - Susulan insiden runtuhan blok konkrit projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara malam tadi, kerja-kerja pembinaan di lokasi berkenaan dihentikan sementara waktu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, ia bagi membolehkan siasatan nahas runtuhan itu dapat dijalankan.

"Kontraktor dan pihak berkenaan sedang bekerjasama dengan kami bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung punca kemalangan. Kami kesal kemalangan yang berlaku dan memandang serius perkara ini.

"Buat masa ini kerja-kerja pembinaan di tempat kejadian dihentikan sehingga diberitahu, namun secara keseluruhan kerja pembinaan landasan MRT masih diteruskan," katanya dipetik sebuah portal.

Dalam insiden malam tadi, tiga pekerja binaan rakyat Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit lebih 400 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI).

Seorang daripada mereka ditemui mati. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat Mohammad Elahi Hossain, 27, ditemui terperangkap di bawah landasan konkrit itu sekitar jam 2.30 pagi ini.
  
Usaha masih diteruskan bagi mencari dua lagi pekerja, Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik.