Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 19 Ogos 2014

Tan Sri Khalid Mohon Maaf Pada Rakyat Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini secara terbuka meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik pertikaian menteri besar.

Bercakap di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama.

"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.

"Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Khalid turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."TMI
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

saya sebagai rakyat selangor bukan x kesian kat khalid.. kesian..tapi ini hanyalah politik demokrasi,tak lebih dari jalan mimpi basah disiang hari dan jalan angan2 kosong kepada rakyat..khalid hanyalah 1 dari manusia2 politik yg lain sama mcm zul nordin,sama mcm mat taib dan lain2,bila mereka bergaduh sama sendiri baru kononnya mahu cerita tentang betul dan salah,masa mereka tengah baik, najis besar gajah pun dia tolong cover...hehe.padahal najis tu org dah nampak,besar gajah,semua nampak..pun selamba dia cover haha...saya seru pada sesama muslim jgnla sia2 kan perkara yg berlaku ni tanpa renungkannya..buangla rasa taksub pada tiap2 manusia politik,carilah kekuatan utk berlepas diri dari mereka dan jalan mereka..namun saya doa kalo benar khalid org yg baik,semoga beliau keluarla dari jalan politik ni jgn campur mereka2..

Anonymous said...

Pengkhianatan kpd TKSI bermula sebelum PRU13 lagi. PKR berniat jahat utk membalun asset rakyat Selangor utk modal PRU14. semua orang yg celik pasti nya dapat menghidu ajenda tak bermaruah ini. Walaupun kita meluat dgn UBN tapi PR wajib di hukum. Bye2 PR

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.