Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Tuesday, August 5, 2014

Cerita dalam kelambu: Punca sebenar Khalid Ibrahim perlu disingkirkan dari PKR

Cerita dalam kelambu: 
Punca sebenar Khalid Ibrahim perlu disingkirkan dari PKR

Cerita dalam kelambu: Sebab musabab Tan Seri Khalid Ibrahim perlu disingkirkan dari PKR

Pada April 2013, disaat menghadapi PRU13, sekeping tanah seluas 1,172 ekar, berdekatan dengan Kota Kemuning, Putra Heights dan Bandar Rimbayu yang mempunyai akses dengan 4 lebuhraya utama - telah dijual kepada Tropicana dengan harga RM1.297 bilion dan akan dibayar dalam tempoh 20 tahun.

Tak sampai 10 bulan kemudian iaitu pada Jan 2014, Tropicana menjual hanya 25% daripada keluasan tanah tersebut (308.72 ekar) kepada Eco World dengan harga RM470.67 juta, (tunai). Pada masa itu, bayaran yang dibuat kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui PNSB hanyalah deposit sebanyak RM50 juta. Bila mengetahui hal ini, Tan Sri Khalid mengamuk dan meminta Tropicana membayar RM844.2 juta. Tak perlu bayar RM1.3 billion untuk tempoh 20 tahun.

Adakah Tan Sri Khalid kena tipu dalam hal ini ?

Siapa pemilik Tropicana?
- Tropicana dimiliki oleh Tan Sri Datuk Danny Tan. Adik Vincent Tan, pemilik Berjaya Group. Kroni Mahathir.

SOALAN:
Adakah Khalid bersekongkol dengan UMNO ?
Tunggu sekejap.

Semasa tender dibuka, tiga syarikat telah membuat tawaran:



Tropicana telah membuat tawaran menerusi syarikat proksi, Dijaya Corporation yang menawarkan RM895 juta dan dibayar untuk tempoh 20 tahun.

Kedua, SP Setia menawarkan RM1.15 billion dan dibayar untuk tempoh 6-8 tahun sahaja.

Ketiga, Mah Sing Group menawarkan RM945juta dan dibayar dalam tempoh 7 tahun.

Kalau ikutkan syarat tender, yang dapat ialah SP Setia dan bukan Dijaya Corporation. Tapi Dijaya Corp secara diam-diam telah diminta untuk menaikkan harga tawaran mereka kepada RM1.3 billion secara rahsia. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Kerana Dijaya Corp mempunyai kabel yang cukup besar dalam PR. Azmin Ali, Teresa Kok dan Ronnie Liu.

Huh!! PKR... DAP... jadi kroni Vincent Tan?

Lebih menarik lagi. Dijaya Corp. telah menyumbang sebanyak RM200 juta kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi PRU-13.

Paling menarik. Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR mengugut untuk menggugurkan Khalid dari dicalonkan sekiranya Khalid membantah dan kalau setuju, akan diletakkan di Pelabuhan Kelang.

Mengapa DAP juga turut menyokong Azmin untuk menyingkir Khalid?

Vincent Tan sekarang sudah jadi kroni DAP. Dia sekarang sedang menyiapkan beberapa projek di Pulau Pinang diantaranya, GDV Bayan Mutiara Penang World City Project bernilai RM10 billion. (Vincent Tan memperolehi tanah dengan harga murah, RM240 sekaki persegi dan hanya dibayar dalam tempoh 5 tahun).

Vincent Tan juga ada projek membina IKEA Batu Kawan menerusi Ivory Properties. Vincent Tan juga terlibat dalam membangunkan semula Penang Turf Club yang bernilai berbilion ringgit.

Hei!! Guan Eng pun kroni Vincent Tan ke ?

Bullshit la.. Bila kita bising sikit.. kita dilabel sebagai macai UMNO. Tapi pemimpin diatas berpeluk sakan dengan UMNO. Adakah ini saja yang dilakukan oleh UMNO, PAS, PKR dan DAP ?

Cuba cari balik cerita macam mana Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham (masa itu) bersekongkol dengan UMNO, Gerakan, MCA untuk mendapatkan 10,500 ekar di Kelantan...

La la la ... la la...
Wal hasil balik asal..

Mai kita jenguk Tan Sri Khalid jap..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.