Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 5 September 2014

Majlis Syura Ulama larang calonkan Wan Azizah, Azmin jadi MB Selangor, lapor Utusan

Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar membuat keputusan untuk turut menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di samping nama dua Adun PKR, dedah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam Utusan Malaysia hari ini. Nama dua Adun PKR yang dihantar kepada istana Selangor bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali seperti yang dipersetujui jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu. 
 
Difahamkan, dua Adun PKR yang dimaksudkan itu adalah Dr Idris Ahmad (Adun Ijok) dan Dr Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) manakala Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, exco kerajaan negeri Selangor yang juga pesuruhjaya PAS Selangor. Bagaimanapun, setiausaha agung PAS itu tidak mahu mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana Selangor kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama. "Tidak seharusnya saya mengulas lanjut.
 
 Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," katanya kepada Utusan Malaysia. Mustafa berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas berbeza dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mahu mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin.
 
 "Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS. “Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," kata Mustafa, sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno itu. 

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan kepada Utusan Malaysia senarai calon itu dihantar Pejabat Presiden PAS ke istana Selangor, semalam. Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah ia terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu. Ditanya kemungkinan salah satu daripada 2 nama calon PKR itu adalah Dr Wan Azizah, beliau hanya menjawab: "Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)."
 
 Mustafa memberitahu The Malaysian Insider semalam, pihaknya menafikan laporan The Star Online yang mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun mereka sebagai calon menteri besar Selangor. Menurut laporan portal itu, PAS menghantar nama Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar Selangor yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR. "Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider.
 
 Bagaimanapun, Mustafa pada masa ini enggan mendedahkan nama yang dicalonkan PAS kepada istana. Malam tadi selepas mesyuarat biro politiknya PKR berkata akan mengambil "langkah yang perlu dan sesuai" dalam tempoh 48 jam akan datang berikutan teguran pihak istana Selangor kerana hanya mencalonkan presidennya Dr Wan Azizah bagi jawatan menteri besar Selangor. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang enggan menjawab sama ada parti berbilang kaum itu akan menghantar lebih 2 nama seperti yang diminta Sultan Selangor mengakui PKR menerima surat daripada istana dua hari lalu.
 
 "Kami akan mengambil langkah yang perlu dan sesuai. Kami akan bertindak sewajarnya dalam tempoh 48 jam akan datang," katanya di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya malam tadi. Perkembangan terbaru itu menggugat lagi hubungan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR, PAS dan DAP yang sudah tercalar dalam krisis menteri besar Selangor ini. Pada 6 Ogos lalu, Majlis Syura yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan mengekalkan Khalid selepas pendirian itu juga dibuat Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
 Keputusan itu dibuat sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat yang dijadualkan berlangsung 10 Ogos dan kemudiannya dianjakkan ke 13 Ogos dan seterusnya menjadi kenyataan pada 17 Ogos. Pada mesyuarat yang sama, majlis syura juga membuat keputusan agar PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat. Krisis menteri besar Selangor bermula sejak pelantikan Khalid buat kali keduanya selepas pilihan raya umum ke 13 pada Mei 2013 lalu apabila Azmin juga mendesak agar beliau dipilih untuk memegang jawatan itu.
 
 Namun ketiga-tiga parti bertegas mahukan Khalid. Pada 22 Julai, Anwar mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor. Ia kemudiannya dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada keesokan harinya. Pimpinan PAS, khasnya Mustafa dan Iskandar sebelum ini mengumumkan PAS tidak akan mencalonkan pemimpinnya sebagai menteri besar. Namun keputusan kini dibuat Majlis Syura untuk turut mencalonkan Iskandar. Keputusan itu dikatakan diambil berikutan permintaan istana Selangor. 
 

6 orang berkata:

Anonymous said...

Betul la tu, apa lg pkr mau...mau ajijah juga...apa dh jd ni...kena ilmu guna2 kot puak pkr ni. 2 ahli pkr,1 ahli pas itu dah terlebih adil dibuat pas. Kalau pas dipilih maka kena trima la. Terus kita kukuhkan pakatan...bukan dok kira ajijah..ajijah...nak tanya penyokong pkr korang ni penyokong pkr krn dasar perjuangannya @ menyokong anwar...

Anonymous said...

Pkr mana ada dasar.kami sokong kerana anwar. Anwar kena fitnah.kita mesti bantu dia.
Kami akhirnya akan kembali kpd. Umno bersama anwar. Hidup anwar.

Anonymous said...

PasMA telah pun ditubohkan.ini adalah satu plan kontijensi bila Pas ditendang dari PR. PASMA akan mengisi valum yang ditinggalkan Pas. Jadi PR akan tetap utoh.
Dan sekali gus boleh lah ahli.profesional mufarakah dengan kumpolan pro- ulama. Ramai yang mampu mentadbir pasMA.
Khalid samat ,husam musa,mujahid,hanifa dan mat sabu.semuanya nama hebat. Mampu.menyaingi Pas. Pas akan hancor tanpa mereka ini.
Harapan untok anwar ke putrajaya bersinar kembali.
Cuma jangan jadi macam hamim,berjasa,isma dan jati dahlah.

Anonymous said...

Minta majlis syura dan presiden tapis org2 yg dikata profesional ini untuk mgisi jawatan pasma..kerana kalau bagi mereka pas dh x sesuai.. Dan tinggalkan pas klu dh xdpt terima majlis syura dlm apa2 kptusan..

Anonymous said...

Pas tetap pas,parti yng mencari keredhaan allah swt,walaupun bersendirian daripada brsubahat dgn dosa yg merugikan parti..walau tanpa profesional,pas tetap dengan ulama nya dulu kini dan selamanya..

Anonymous said...

PAS & PASMA?. Penyokongnya terbahagi dua. Bijak... bijak.... Bijak ke? Siapa untung? PR juga akan hilang sebahagian undi juga.
Sejujurnya siapa untung?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.