Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 23 September 2014

Sultan Selangor lantik Azmin kerana percaya beliau disokong Pakatan

Pemilihan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu dibuat kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yakin timbalan presiden PKR itu mempunyai sokongan padu daripada PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Mohamad Munir Bani. 
 
Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu berkata, ‎Sultan mengambil maklum kerajaan Selangor dibentuk melalui kesepakatan antara tiga parti PKR, DAP, dan PAS.
 
 Beliau berkata, baginda juga memahami kesepakatan menteri besar perlu dilantik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR untuk mendapat kepercayaaan majoriti dan sokongan daripada parti PR di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). 
 
 "Azmin juga merupakan timbalan presiden PKR dan oleh itu Sultan mempunyai keyakinan bahawa sebagai seorang timbalan presiden yang dipilih pastinya mempunyai sokongan padu. "Bukan sahaja daripada PKR malah daripada PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor sekarang," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.