Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 23 September 2014

Adun PAS di Selangor jamin sokong Azmin, kata Mustafa Ali

PAS hari ini memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu di Selangor akan menyokong Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu walaupun sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan pelantikan beliau. 
 
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Adun Bukit Antarabangsa itu menerima sokongan semua Adun PAS termasuk 13 yang terdahulu dikatakan membantah perlantikannya di dalam mesyuarat pada 25 Ogos.
 
 "PAS Selangor akan terima apa saja keputusan dibuat pemimpin pusat PAS," beliau memberitahu satu sidang media di Pengkalan Kubor, hari ini. Mustafa sementara itu berkata, dua Adun yang menandatangani akuan bersumpah mengakui sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih sedang dalam siasatan.
 
 "Mereka masih ahli PAS. Sama ada ia (siasatan) berjalan cepat atau lambat, itu semata-mata persepsi manusia. Kita akan ikut rentak kita sendiri." Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak seperti PKR dan DAP, parti Islam itu tidak perlu bermesyuarat untuk mengiktiraf Azmin kerana mereka sudah berbuat demikian pada mesyuarat 17 Ogos lalu.
 
 Pada mesyuarat itu, PAS mencadangkan nama Azmin sebagai calon menteri besar selain Dr Wan Azizah. “Kami mengalu-alukan dan patuh keputusan Sultan menamakan Azmin sebagai menteri besar Selangor. 
 
 Kami ucapkan tahniah atas pelantikannya dan berharap beliau boleh memikul tanggungjawab besar memajukan Selangor dan memastikan rakyat terus menikmati kemewahan negeri. “Kami berharap pelantikan ini akan mengakhiri segala isu berkaitan menteri besar Selangor,” katanya di Pengkalan Kubor. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.