Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUNGKINKAH KHALID MELETAKKAN JAWATAN ADUN ?


Tuesday, September 23, 2014

Khalid beri nasihat pada bakal MB baru, ada kemungkinan lepaskan kerusi DUN by admin



 

Menteri Besar Selangor yang baharu perlu memberi khidmat kepada rakyat di atas dasar tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penggantinya harus komited dalam mengurus dan mentadbir Selangor agar setiap keluarga yang berada di negeri ini mendapat hak kelebihan dan kebajikan sama rata.

“Kalau ada (cara) yang betul, kita pertingkatkan, kalau ada (cara) yang salah, kita hentikan kerana dengan cara itulah kita dapat menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang paling maju di Malaysia.


“Kita perlu tentukan setiap keluarga merasakan mereka sebahagian daripada negeri ini. Kakitangan saya sanggup bekerja siang malam, Sabtu dan Ahad untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.



“Kita (pemimpin) mesti melakukannya (tugas) atas dasar tanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis perpisahan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.



Beliau dalam pada itu turut mencabar penggantinya untuk mengembalikan semula aset penyusunan semula air Selangor yang bernilai jutaan ringgit kepada rakyat secara saham.



“Kita secara keseluruhannya sudah menyelesaikan masalah penyusunan semula air Selangor, bererti, aset air Selangor yang bernilai lebih RM 14,000 juta berjaya dikembalikan semula kepada kerajaan negeri dan akan dipulangkan kepada rakyat Selangor secara saham.

“… Ini cabaran kita kepada pemimpin yang akan datang, jika mereka tidak lakukannya, rakyat Selangor akan menghukum mereka kerana ini (pengembalian semula aset air) sudah kita janjikan dalam manifesto PRU13,” tegasnya.
 


Khalid juga berikrar akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak walaupun tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor.



Beliau berkata bagaimanapun kedudukannya sebagai Adun Pelabuhan Klang akan diputuskan beliau pada sidang Dun Selangor, November ini.



“Saya tidak akan meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen tetapi (jawatan) Adun saya akan tunggu sidang (Dun) nanti baru saya buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perpisahan beliau sebagai Menteri Besar Selangor hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.