• Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi
1 / 1
SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ada anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan semalam dikesan pernah melakukan jenayah kekerasan dan peras ugut orang awam.

"Kita dapat laporan ada anggota PPS yang bukan jaga keselamatan tetapi mereka bertindak pukul orang. Ada yang bertindak di luar daripada perundangan seolah-olah melangkaui bidang kuasa polis," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Segambut di ibu negara.

Ahmad Zahid antara lain berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan tegas polis ke atas anggota PPS kerana penahanan mereka adalah bersandarkan kepada undang-undang.

Walaupun tidak terlibat secara langsung kerana perkara itu melibatkan operasi polis, namun KDN memuji ketegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu terbabit.