Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Monday, September 15, 2014

Mungkinkah senjata makan tuannya ??





Joceline Tan di dalam ruangannya di akhbar The Sunday Star hari ini memilih untuk mengulas berkenaan Muktamar PAS kali ke 60 yang dijadual diadakan di Johor hujung minggu ini. Beliau  menulis:
Hadi, 67, is said to be facing a rebellion of sorts within his own party, hence the storm clouds gathering over the PAS muktamar in Johor this week.These are unsettling times for PAS and Pakatan and many are expecting an emotion-charged muktamar, heated debates and even some unruly behaviour at the annual meeting.

(Hadi, 67 dikatakan akan menghadapi seakan penentangan dari dalaman partinya sendiri, lantas Muktamar PAS di Johor minggu ini dijangka “panas”. PAS dan Pakatan sedang melalui tempoh pancaroba dan ramai menjangkakan muktamar kali ini bergelora, dengan perbahasan yang panas dan mungkin juga luahan ketidakpuasan hati secara terbuka dalam mesyuarat agung berkenaan.)
Benarkah jangkaan Joceline itu?

Memang perkembangan di dalam PAS kebelakangan ini kelihatan tegang. Presiden kelihatan ditentang secara terbuka oleh rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Agung Pusat termasuklah oleh Timbalan Presidennya (saya pernah mendengar dari seorang perwakilan Terengganu bahawa ketika Mat Sabu mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden beliau ditanya mengapa mahu bertanding jawatan itu, katanya mahu bantu Presiden) sendiri.
Tetapi Presiden bukan keseorangan. Walaupun kelihatan ditentang oleh golongan “cerdik pandai” dalam JK Agung, blok Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak berdiri teguh di belakang Presiden.

Di sinilah lahirnya kekuatan Presiden kerana PAS sebagai sebuah parti Islam, beraut  dan bergantung kuat pada kepimpinan ulamak.
Lalu suka tak suka terbentuklah dua blok dalam PAS hari ini, satu yang bersama Presiden, Majlis Syura dan Dewan Ulamak dan satu lagi yang sudah tidak yakin dengan kepimpinan Presiden, termasuklah mempertikaikan peranan Majlis Syura Ulamak.

Blok yang kedua ini menyerang parti dan Presiden secara terbuka. Tidak cukup dengan itu digerakkan pula satu NGO (atas ikhsan Naib Presiden PAS)untuk memanjangkan agenda mereka kononnya untuk memperteguhkan Pakatan, tetapi realitinya beragenda mahu menyahkan Presiden dan kepimpinan ulamak.
Tidak cukup dengan NGO yang menganjurkan forum menyerang Presiden, mereka dapat pula bantuan media alternatif tertentu yang tiada lain kerjanya selain menyerang dan merendah-rendahkan blok pertama tadi. Penulis upahan digunakan sehingga ada yang menghina para ulamak termasuklah Timbalan Mursyidul Am yang dikatakan bukannya bermimpi berjumpa Rasullah s.a.w tetapi berjumpa iblis!!

Terlalu kuat tampaknya blok ini sehingga ada desas desus kononnya akan dibawa usul tergempar undi tidak percaya terhadap Presiden selain mahu menolak Ucapan Dasar Presiden.
Jika semua ini meletus dalam Mukatamr kali ini, PAS benar-benar menghadapi uiannya yang paling besar dalam sejarahnya.

Bagi saya, tin-tin kosong yang berbunyi ini, buaya-buaya yang timbul dari kolam ini, pengkhianat-pengkhianat yang tidak tahu malu, semuanya sebenarnya seolah mahu menunjukkan yang mereka itu punya pengaruh dalam PAS. Buat bising, buat kecoh, buat sensasi, biar dalam muktamar nanti para perwakilan akan buta-buta ikut mereka. Bukankah orang-orang PAS ini mudah dipengaruhi, buktinya walau tiada kelayakan tinggi tetapi sebab petah dan pedas bercakap boleh naik jadi pemimpin tertinggi, bukti orang PAS mudah dipengaruhi!
Mereka lupa bahawa yang mahu mereka rebahkan, yang mahu mereka runtuhkan adalah institusi teras dalam PAS iaitu Kepimpinan Ulamak. Mereka boleh memperlekeh dan mengatakan apa sahaja terhadap Presiden PAS, lantaran gatal mulut dan mudah dapat liputan media, tetapi mereka lupa bahawa orang-orang PAS, bertungkus lumus berjuang mengalir keringat, airmata dan darah untuk menaikkan kepimpinan yang diterajui oleh para ulamak yang takutkan Allah swt.

Segala langkah Presiden yang mereka serang sebenarnya didukung oleh Majlis Syura Ulamak, yang terdiri dari sekelompok ulamak yang diiktiraf oleh ahli-ahli PAS sebagai yang paling pakar dan berilmu. Dalam senarainya Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz, Dato Dr Ustaz Hj Harun Din, Ustaz Dato Nik Muhamad Zawawi, Dato Ustaz Tuan Ibrahim, Dato Ustaz Hj Abd Halim Abd Rahman, Dato Ustaz Hj Ahmad Yakob, Dato Dr Hj Mahfodz, Dato Ustaz Hj Muhammad Daud Iraqi, Ustaz Hashim Jasin dan lain-lain
Bayangkan pengalaman, ilmu dan amalan mereka ini semua dihimpunkan dan dibandingkan dengan pemuka-pemuka blok penentang tadi.

Benar PAS berhadapan dengan zaman paling mencabar. Di sinilah kebjiksanaan penyelesaian Islam dituntut dan siapakah yang lebih alim dan berilmu dalam hal ini jika tidak kepimpinan yang orang-orang PAS sendiri perjuangankan zaman berzaman untuk diletakkan di atas.


Saya percaya, oleh kerana PAS ini adalah bahtera besar perjuangan Islam, yang kekal terus belayar sehingga hari ini, datang Muktamar nanti bolehlah sekerat dua pengacau bangkit melepaskan geram dan amarah masing-masing samada dari atas pentas atau di bawah (setelah beria-ia merancang dan membikin onar), tetapi akhirnya, para perwakilan yang beriman dan bertaqwa, yang merupakan wakil kepada akar umbi PAS seluruh pelusok negara, yang telah melalui proses tarbiyah dalam jemaah, yang bergadai nyawa membina dan melancarkan bahtera keramat ini sejak sekian lama, bernakhodakan pemimpin yang mereka akui mendapat bantuan dan bimbangan “dari atas”, insyallah bahtera ini akan kekal kukuh belayar mengejar destinasinya. 
Yang “mabuk” yang rimas, yang terlalu bernafsu, merekalah yang akhirnya akan cedera dan terluka.  
“Storm clouds” yang Joceline bayangkan itu, insyallah tidak akan merosak atau menenggelamkan bahtera ini, kerana ia penuh dengan doa mereka yang ikhlas dan menuntut janji Allah swt. Sebaliknya “storm clouds” itu akan membadai dan memukul keluar mereka yang lain.

Belayarlah terus bahtera ini menuju keredhaan Allah swt., yang angkuh dan bongkak menghunus senjata, biarlah senjata itu nanti mengajar mereka.
Teringat kata-kata Presiden pada saya dahulu, mereka ini tidak nampak dinding besar di hadapan, setelah terhantuk kepala, baru sedar.--n32.blogspot.com/
 Selatan Online











13 orang berkata:

Anonymous said...

Tiada apa yang perlu bimbang. Semuanya ok nanti.

pak su said...

Pejuangan meraih redha Allah. Bukan ganjaran dunia semata. Politik hanya sebagai alat untuk mendapat keuntungan Akhirat. Ingatlah duhai pencinta Allah, mehnah pasti dpt kita lalui dengan akhlak dan sabar. Ingatlah visi dan misi kita menyertai Jamaah ini... tanyalah siapa yg paling layak untuk kita ikuti.. insan yg kejar akhirat dunia akan bersujud padanya

Anonymous said...

Bagi mereka yg mnemplak ulama dianggap iblis bertopeng manusia..

Unknown said...

bahtera ini tetap kan berlayar teris walaupun badai yang mengganas melanda bahtera ini kerna nakhoda nya sentiasa mementingkan mardhotillah lebih dari segalanya walau pun terpaksa membuang anaknya sendiri kedalam arus badai menggila kita haru setia dibelakang kepimpimnan ini walaupun nyawa bergalang ganti demi mardhotilla ini amin....terus kan perjuangan wahai murabbi ku tgna,tghh,tghd,titn dan seluruh kepimpinan akan terus bersama kepimpinan ulamak biarlah golongan yg menentang ini akan terus tersasar dari arus perjuangan takbir...takbir...takbir.

Anonymous said...

nyahkan aje golongan fanatik UG dalam PAS
golongan ini nak kena patuk kali kedua ngan UMNO kot
jenis gila nk jadi menteri susah la lau mcm ni

Anonymous said...

X de pas masuk umno...hal ini hanya dibuat puak2 plasma ja yg sokong anwar....diharap puak ni kluar dr pas dan masuk pkr...

Anonymous said...

Phahrolrazi, mat sabu & husam satu geng depa ni...sama2 daulatkan iran

Anonymous said...

Mengkritik ulama bukannya mengkritik islam, tolong faham perbezaannya. Hidayah Allah tak pernah diswastakan kepada mana mana individu atau pertubuhan. Ulama dihormati kerana ilmunya dan mulia kerana akhlaknya. Kalau setakat ilmu yang tinggi, ramai orientalis yang memilikinya. Apapun semulia mulia manusia, majis senantiasa dibawa bersama.

Anonymous said...

Anonymouse10.46.memang takda Pas masuk Umno.bodoh.tapi Pas ingin bergabung dengan Umno.nak tulis biar faham isu.kau ni penyokong fanatik Pas,tak tau apa isu yang sedang melanda PR.Tak payah suruh puak2 pasma keluar pas tapi sepatutnya Pas keluar dari PR.Tungjukan kekuatan sendiri,tak perlu sokongan PKR dan DAP,Cubalah kleuar.

Anonymous said...

"cerai beraikan barisan mereka" kadangkala itu doa yang terdengar untuk musuh. Tetapi, apakah yang terjadi sekarang.

Anonymous said...

Bergabung dgn umno lebih baik dr bergabung dgn pkr & dap. Apa beza pkr dan umno...pkr lg teruk...kalau pkr & dap brani buang la pas dr pakatan...cabar kalau brani( khas utk anom 2:59) kau bukan ahli pas...kau geng aljuburi ni sbb tu kau sibuk tghh x sokong azizah....sape pkr utk pas nak tunduk dan jadi barua.

Anonymous said...

Aku sokong anom 6:17 hal ini berpunca dr pkr....sbb apa org pas sibuk sgt nak pertahankan pkr...pas ada hak dia, tolong hormati...jgn jd yahudi pulak dok paksa org ikut cakap dia...kalau pakatan berpecah pun penyebab utama ialah pkr krn keras kepala, degil, gila kuasa, kroni dsb. Kalau seseorg ahli pas yg tulin dia x kan sokong pkr...dia akan pertahankan tn presiden. Pasma tu siapa. Kita kenal siapa pasma tu...gila kuasa mcm anwar la jugak.

Anonymous said...

10 tahun lagi, kalau panjang umur semua yang komen2 diatas renungkan kembali, siapa yang bertindak betul. Sekarang darah tengah panas.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.