Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUJUR LALU MELINTANG PATAH


Khamis, 16 Oktober 2014

Pakatan Rakyat tanpa Anwar, Nik Aziz, Kit Siang

Oleh Sheikh Omar Ali
Minggu lalu saya di Sarawak. Dalam perjalanan pulang semasa di lapangan terbang Kuching, saya sempat menegur seorang pakcik.Niat saya bersahaja, nak ringankan mulut bersembang santai.

Tak sangka, rupanya beliau baru selesai menghadiri 'gathering' kawan-kawan lama di hotel Pullman Kuching bersama Datuk Seri Zahid Hamidi - Menteri Dalam Negeri.

Saya ambil peluang bertanya. "Datuk kata apa tentang nasib Anwar menjelang 28 Oktober ni?" jolok saya selamba. "Anwar confirm masuk penjara. 7 tahun..." ujar beliau bersungguh.
Betul atau tidak, wallahua'lam.

Saya tanya lagi "Zahid tak boleh buat apa-apa ke? Mereka kan kawan baik."
Dia kata Zahid sendiri sedang menuju puncak kuasa.

Untuk bertindak menyebelahi Anwar walaupun dengan sekadar menunjukkan rasa simpati, itu langkah yang tidak bijak!

Menyedari hal ini, saya sedar.

Dan saya yakin PR juga pastinya sudah lama sedar! Akhirnya mereka perlu berjuang tanpa sosok pemimpin tiga serangkai - Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang.

Biarpun pemimpin silih berganti, namun untuk berhadapan dengan PRU-14 yang akan datang, 'something need to be done' melangkaui tiga sosok ini.

Teringat kata-kata Suhaizan Kayat dalam ucapan dasar muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 yang lalu.

Beliau ada menyebut Kelantan perlu bersedia untuk berhadapan politik negeri lubuk PAS itu tanpa Tuan Guru Nik Aziz satu hari nanti.

Dan apabila saat itu datang, jalannya tidak lagi semudah hari ini.

Pada hemat saya, bukan sekadar negeri Cik Siti Wan Kembang sahaja.

Malaysia dan Pakatan Rakyat umumnya juga perlu bersedia kearah itu.

Tidak melampau jika saya katakan, Tuan Guru Nik Aziz pada tahap kemuncaknya sudah dianggap Tok Guru kepada 52% rakyat Malaysia yang mengimpikan perubahan.

Ya, kita bercakap tentang 52% rakyat Malaysia pelbagai latar yang menyokong PR pada PRU yang lalu.

Lantas, apa lagi kekuatan 'melangkaui tiga sosok' ini yang perlu PR ada?
Politik idea & politik solusi

Jika saya mampu menjadi representasi kepada anak muda dari kalangan 52% itu, saya ingin melihat PR pada tahap ini menerobosi tembok-tembok politik emosi dan politik 'fire fighter'.

Iklim politik untuk Malaysia baru yang diidamkan haruslah bersifat politik idea dan solusi kepada permasalahan dihadapi rakyat akibat kepincangan urus tadbir dan tatakelola yang diwariskan Umno BN.

52% rakyat sudah tentu muak dengan politik kebencian Umno BN yang menjangkau usia lebih 50 tahun.

Namun harus diingat, jangan salahkan mereka jika ada juga yang merungut sudah mula menyampah dengan 'politicking' PR apabila turut sama gagal untuk keluar dari politik yang tidak mahu menerobosi lingkungan sentimen emosi semata-mata.
Octoberfest & politik solusi

Isu Octoberfest baru-baru ini sebagai contoh, benar-benar menguji terjahan politik baru yang ingin diterokai PR.

Inilah antara masanya rakyat ingin melihat solusi yang PR mampu tawarkan.
Rakyat mahukan idea, polisi alternatif dan penyelesaian tuntas.

Ia berhajat kepada perbincangan yang lebih mikro melangkaui manipulasi sentimen emosi rakyat semata-mata. Melangkaui retorik.

Ini bukan lagi sekadar musim bantah membantah, tetapi 52% rakyat Malaysia ingin melihat kematangan PR mengemukakan polisi dan idea yang mampu dilaksana (workable) sesuai dengan kerencaman rakyat Malaysia yang ada.

Rakyat akan bertanya, "jika kamu bantah, so what? Kamu bukan taliban, but you need to prove it!"

Ini bukan semata-mata masa untuk mengatakan halal atau haram kepada arak, ini masanya PR membawa pencerahan kepada rakyat, bagaimanakah implementasi dasar yang ingin dilaksanakan jika mereka yang ingin dilihat sebagai 'government in waiting' menguruskan isu dengan damai, bijaksana, menepati prinsip dan tidak sedikipun dilihat menidakkan apatah lagi menindas hak serta pegangan rakyat yang pelbagai.
Ini Malaysia.

Ini negara kita.
Negara unik dengan kepelbagaian latar rakyat yang seharusnya mampu menginspirasikan kaedah serta teori yang berbeza-beza serta fleksibel.

Pasti ianya tidak mudah namun inilah cabarannya.

Dalam kompleksiti inilah PR akan diuji sejauh manakah mereka mampu menjadi pemain utama untuk politik baru di Malaysia. Politik yang terhindar dari ketakutan serta prejudis dalam kemajmukan.

Kegagalan PR mengisi keperluan ini akan hanya menyambung hayat Umno BN untuk terus kekal berkuasa. Dan pastinya menjadi mimpi ngeri buat Malaysia dan warganya!

3 orang berkata:

Basar said...

Udah dibilang jangan tentang oktoberfest anwar sudah halalkan khalid samad sudah wawarkan.

Tengok hari-hari dok sebut pasal tentangan oktoberfest.

Ingat semua benda dap, pkr, anwaris buat adalah halal di sisi anwar ibrahim maka adalah haram bagi sesiapa menentang akan mereka.

Mereka ada anwar ibrahim anugerah tuhan kita ada apa.......

Anonymous said...

Malas nk ulas..nasi sudah jadi bubur.. Dlm brtahulul siyasi perlu diingatkan dan sentiasa didalam hati bahawa seminit kita terlena seribu tahun kita merana... Fikir2kan lah demi agama,bangsa dan negara.....

Anonymous said...

Umno perlu muhasabah diri...jgn bawa rakyat masuk neraka...siapa berkuasa dia lah penyebab utama

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.