Dua gadis dicekup curi motosikal
IPOH - Dua gadis dicekup penduduk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT)
Jelapang Baru ketika cuba melarikan sebuah motosikal dalam kejadian
petang semalam.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 3 petang itu, beberapa penduduk kampung memerhatikan gelagat kedua-dua remaja itu sebelum menahan mereka.
Menurutnya, kedua-dua remaja berusia 14 tahun itu dipercayai menceroboh laman rumah dan menolak keluar sebuah motosikal jenis Yamaha perlahan-lahan bagi mengelakkan penghuni rumah menyedari kehadiran mereka.
“Difahamkan kunci ditinggalkan pada motosikal itu dan pada mulanya kedua-dua remaja terbabit hanya menolak motosikal tersebut dan kemudian menghidupkan enjin untuk melarikannya, namun tidak berjaya," katanya.
Beliau berkata, cubaan kedua-dua gadis tersebut melarikan motosikal berkenaan disedari penduduk kampung yang kemudiannya menghubungi Balai Polis Jelapang untuk tindakan lanjut.
Katanya, seorang daripada remaja terbabit dipercayai lari dari rumah dan tinggal bersama rakannya.
“Selain itu, difahamkan, remaja terbabit mempunyai masalah keluarga dan jarang tinggal di rumah sendiri,” katanya.
Sementara itu mengulas mengenai kejadian itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan.

10 orang berkata:
Salam
Dah biarkan kunci kat motor tak kan bangang namanya. Org gila pun boleh curi.
Jelapang baru tu,kat kelantan ke?biasanya masaalah bwgini kat kelantan. Bukan ni negeri BN.
Tapi yang peliknya,tak pula bising. Biasanya, bagai nak kiamat dunia jika berlaku kat kelantan.
Biasanya kalau pemimpin mencuri, rakyat pun akan jadi pencuri..
Rakyat bawah ambik dikata curi peminpin ambik dikata komisyen..rakyat bawah nk bt pinjaman bank pun susah ,peminpin dah boleh pinjam juta2. Hapus kira xyah bayar mungkin insuran cover kot.. Kot mana pun rakyat tetap kena p balik yg realiti dunia sekarang..
Sebab tu pakat xmau undang2 hudud..takut n xleh ambik dh.. Baru didunia undang2 hudud,akhirat esok tau la cmna.x sabar kita nk tgk sapa yg nk kena,xleh lari..dh. La boleh eksyen kt sna siap la.. Nantikan.
perangai setan ni ada kat mana-mana. tak kira siapa pemerintah. Kelantan jogho pil kuda sama mcm tganu. Rogol ramai-ramai kat KL pun banyak dan kat Selangor pun bersepah. Jadi jgn dok salah orang lain. Muhasabah diri. Amal Makruf Nahi Munkar!
Laksana undang2 hudud dahulu baru tahu hujung pangkalnya.. Jgn dok salah negeri sana sini.. Sokong parti mana nk hudud dan kita tgk pempimpin gubal perlembagaan. Ni brcakap sperti kita ada undang2 islam tu.. Sbb tu bila manusia guna hukum akal tak kemana,hukum allah xmau.. Bila tanya nak.. setuju,bila siap draf nk bawa ke parlimen senyap.. Menyorok smua, parti pas komited nk hudud.. Bila mai mengundi pi sokong yg flip flop nk hudud.. Bila mati nanti disoal oleh allah swt.. Apa nk jwb,allah maha mengetahui nk hudud btul ke atau main2.. Sbb masa 2 mlt x leh ckp hanya anggota bdn saja jadi saksi.. X leh lari.. Lebih baik insaf la dan balik ke pangkal jalan dan duduk di belakang ulama2.serta majlis syura ulama parti islam malaysia.. Jgn ragu2 lagi.. Itu jalannya.. Ulama pewaris nabi2..
Sebab nk laksana hukum jenayah islam mereka xsetuju,kata xsesuai zaman nie, kena kaji dl, bila hukum Allah dijlnkn br lah org takut nk lakukn jenayah..nk hukum pun bkn boleh sesuka hati, ada syarat2 jgk nk sabitkn kesalahan tu..
Laksana hudud dulu..ajak kwn2 mgundi sokong parti pas,sebab komited nk hudud.. Nanti di tanya allah swt di akhirat kelak,mana nak p.. Xleh lari dh.. Dunia boleh lari.. Selindung..kt akirat jgn harap lah... Selagi x insaf memang ada jenayah kejahatan mgikut guru mereka iblis.. Iblis memang xmau hudud.. Sebab dia dh brsumpah untk mghancurkan anak adam dibumi.. Jadi sapa ketua kita nk ikut.. Fikir lah sblum dijemput ilahi..
AnonyAnonymous5:02 jadi sapa ketua kita nak ikut.Fikirlah sebelum dijemput ilahi apa awak pikir pas itu betul perangai ketua nya.kalau nak tahu siapasiapa ketua yg kita nak ikut tanyalah Allah!Buat lah sembahyang sunat istikharah!minta petunjuk.jgn fikir dah sokong pas bolih lepas soalan diakhirat.belum tentu beb
Post a Comment