• Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi
1 / 1
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan, beliau telah memberi kenyataan kepada polis pada Isnin lepas, berhubung laporan polis DAP ke atasnya baru-baru ini.
 
Katanya beliau memberi kepercayaan penuh kepada polis untuk membuat siasatan terhadap kenyataan itu.
 
"Saya telah berikan rakaman audio, visual dan juga transkrip ucapan saya dua hari lepas.
 
"Saya beri kepercayaan penuh kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap menteri yang jaga hal ehwal polis," katanya secara berseloroh kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
 
DAP Perak sebelum ini membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan dalam ucapannya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Kubor, pada 22 September lepas, berkaitan demonstrasi di Kuala Kangsar semasa krisis perlembagaan Perak.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada minggu lepas dilaporkan menolak dakwaan bahawa polis mengamalkan pilih kasih berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan dan polis juga akan merakam kenyataan menteri dalam negeri
itu. - Bernama