Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

1 MDB MERISAUKAN BN

1 MDB, 1 Malaysia Mudarat Besar Menanti

1. Isu 1 MDB semakin hari kian parah dan menjerut kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak. Penjelasan demi penjelasan, perjumpaan demi perjumpaan dibuat untuk meyakinkan kepimpinan UMNO sendiri mengenai ‘hebatnya’ 1 MDB milik kerajaan ini. 

Jikalau isu ini sekadar picisan dan tidak berasas, mana mungkin sampai perlunya kesemua Ketua Bahagian UMNO berkumpul untuk mendengar sendiri penjelasan oleh Presiden UMNO berkenaan 1 MDB..? Bukti kukuh kerisauan UMNO lagi jelas terzahir apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan media khusus mengenai 1 MDB yang mana beliau berkata “Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.” Kelihatannya PM dan TPM sendiri tidak sebulu di dalam hal ini.
2. Dalam keadaan ekonomi negara menuju krisis yang amat kritikal sehingga memerlukan pengstrukturan semula Bajet 2015, skandal kewangan 1 MDB ini “bagai mencurah garam ke atas luka”. Bebanan hutang yang begitu melampau itu akan memberikan impak besar kepada negara khususnya rakyat jelata.

3. Dengan nilai hutang RM 42 Billion itu secara perbandingan mudah,pihak kerajaan boleh menaikkan lagi kadar BR1M sehingga RM6176 kepada 6.8 Juta penerima, atau RM 900 kepada 46 Juta orang penerima, atau membina 1.2 Juta unit rumah kos rendah yang bernilai RM35,000, atau 168 Projek NFC yang bernilai RM250 Juta, atau 14 Juta ekor lembu yang bernilai RM3000 seekor . Tetapi, kelihatannya kerajaan Barisan Nasional lebih rela berhutang berbilion Ringgit daripada berbelanja untuk kepentingan rakyat-jelata.

4.Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengaudit 1 MDB tetapi saya masih ingat pada penghujung 2014 yang lalu, Tan Sri Ambrin Buang sendiri pernah berkata tidak ada keperluan untuk mengaudit 1 MDB ini kerana ia telah diaudit oleh empat syarikat pengauditan dunia. Jadi,adakah arahan pengauditan ini dibuat  benar-benar telus atau ingin memberi ‘cap halal’ kepada segala salahlaku dan penipuan yang berlaku di dalam 1 MDB.?

5. PAS berharap agar PM bertindak dengan berani dan telus dalam isu skandal kewangan ini. Usahlah dengan semudahnya ingin berlepas diri dengan berkata PM tidak terlibat dengan operasi harian 1 MDB tetapi hakikatnya PM tetap Pengerusi Lembaga Penasihat 1 MDB yang tahu akan dasar dan strategi pelaburan yang dilakukan oleh 1 MDB.

6. Saya tetap konsisten dalam isu ini agar suatu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat segala hal yang berkait dengan 1 MDB. Peringatan yang diberikan ini agar kita tidak lagi terlambat dalam bertindak sepertimana kerajaan telah gagal membaca jangkaan kesan kejatuhan harga minyak dunia seperti yang berlaku sekarang ini.

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.