Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

19/03/15

Hudud boleh dilaksana tanpa pindaan Perlembagaan, kata timbalan MB Kelantan

PAS Kelantan percaya mereka mempunyai cukup sokongan di Parlimen dan hanya memerlukan majoriti mudah untuk melaksanakan hudud di negeri berkenaan dengan meminda akta berhubung mahkamah syariah dan bukannya Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Rancangan meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dengan membentangkan undang-undang persendirian hanya memerlukan sokongan 112 undi daripada 222 ahli Parlimen, mengetepikan cakap-cakap sebelum ini PAS tidak mempunyai cukup sokongan untuk melaksanakan hudud kerana perlu meminda Perlembagaan.

Meminda Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 juga tidak seharusnya mendatangkan masalah selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) diluluskan semalam, kata Amar.

"Rang Undang-Undang itu nanti hanya hendak pinda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Akta ini hanya memerlukan majoriti mudah, 112 orang saja. Bukan kita nak pinda Perlembagaan.

"Kita hanya perlukan majoriti mudah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Terdapat 126 ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat. PAS mempunyai 21 kerusi, PKR 16, DAP 2 dan Barisan Nasional, 87.

Ini masih kurang berbanding 148 undi atau dua pertiga yang diperlukan untuk menyokong atau mengubah Perlembagaan tetapi masih mencukupi untuk majoriti mudah walaupun 2 ahli Parlimen Islam DAP tidak bersama.

Masih belum jelas bagaimana ahli Parlimen Islam PKR akan mengundi dalam isu hudud ini yang bukanlah polisi bersama Pakatan Rakyat (PR).

Penganalisis dan pemerhati politik sebelum ini berkata tindakan PAS untuk melaksanakan kanun keseksaan Islam di Kelantan akan gagal kerana kekurangan angka, tetapi ia dengan premis Perlembagaan perlu dipinda.

Amar semalam berkata, kerajaan negeri tidak melihat sebarang halangan untuk melaksanakan hudud jika kesemua ahli Parlimen Islam sepakat menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan kelak.

Katanya, hudud yang diperjuangkan Kelantan selama ini bukanlah isu politik maka semua ahli Parlimen Islam perlu melihatnya lebih kepada konteks agama.

“Saya minta semua wakil rakyat Islam tidak mengira parti supaya bersama-sama dengan kita bila kita bawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen. Sebab ini isu agama dan bukan isu politik. Kita pun tidak bermain politik dalam isu ini.

“Kalau semua wakil rakyat Islam menyokong, selesai masalah. Kita sekarang ada 132 ahli Parlimen Islam tidak kira parti dan kita hanya memerlukan 112 undi saja.

“Kalau semua berfikir dalam konteks agama, tidak ambil kira parti politik, maka selesai masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, kerajaan negeri Kelantan akan dapat melaksanakan undang-undang jenayah syariah sebagaimana yang diharapkan sebelum ini.

“Bukan (pinda Perlembagaan). Akta 355 Mahkamah Syariah saja. Akta sebelum ini memberi kuasa kepada mahkamah untuk melaksanakan Akta 356.

“Akta 356 iaitu 3 bulan penjara, denda RM5,000 dan 6 rotan. Itu yang lama maka perlu dipinda Akta 355 barulah kita dapat laksanakan beberapa hukum syariah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahmad berkata, pemimpin PR sudah berulang kali menerima pencerahan berhubung isu ini.

“Kita dah beri faham kepada mereka berkali-kali. Mereka saja mengambil suasana yang agak tegang. Kita lebih faham daripada segi pendekatannya, tiada masalah.

“Lagipun waktu ini hanya untuk orang Islam saja. Bukan untuk orang lain,” kata Ahmad.

Hubungan PAS dan DAP tegang sebelum ini berhubung isu hudud.

Semalam, DAP berkata akan mengadakan mesyuarat pada Isnin depan bagi menentukan hala tuju parti itu bersama PR selepas “ditikam dari belakang” PAS Kelantan yang membentangkan enakmen hudud.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, mesyuarat jawatankuasa tertinggi (CEC) akan diadakan di Kuala Lumpur membincangkan masa depan parti itu bersama PAS yang enggan mendengar bantahan mereka terhadap hudud.

Bgaimanapun, tiada undang-undang persendirian dikemukakan PAS untuk sidang Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir pada 9 April.

Difahamkan Jawatankuasa PAS Pusat masih belum membuat keputusan tentang bagaimana meneruskan pembentangan rang undang-undang persendirian di Parlimen.

Pada masa ini, Jawatankuasa PAS Pusat membiarkan Kelantan untuk meneruskan rancangan hudud dan akan mula campur tangan apabila ia sampai ke tahap untuk ke Parlimen.

Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) semalam berkata ahli Parlimen Islam daripada parti komponen itu akan mengundi berdasarkan kesedaran jika PAS membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad berkata Umno tidak memberi arahan kepada ahli Parlimennya untuk mengundi atau tidak jika rang undang-undang itu dibentangkan.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Seandainya x cukup sokongan....maka jgn salahkan pas....tanggunglah sendiri dihadapan allah...yg masih x faham hudud eloklah pi ngaji skrg

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.