Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
1MDB kemuka dokumen kepada Jabatan Audit

1MDB -arul kanda

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengesahkan semua dokumen miliknya sudah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara.
  
Namun laporan awal masih belum dikongsi dengan 1MDB, dan oleh itu ia tidak dapat mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa beberapa dokumen tidak dikemukakan, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda menerusi satu kenyataan hari ini.
  
Seperti diminta oleh Pengerusi PAC katanya, 1MDB akan segera menghubungi Jabatan Audit Negara untuk mendapatkan penjelasan mengenai dokumen yang disebut oleh Pengerusi PAC itu.
  
1MDB merujuk kepada laporan media hari ini yang memetik Pengerusi PAC yang mengesahkan bahawa tiada sebarang perkara yang meragukan dalam siasatan awal oleh Ketua Audit Negara (AG).
  
"Kami ambil maklum, terutama, ulasan pengerusi PAC mengenai siasatan menyeluruh AG termasuk memeriksa dokumen yang diperoleh daripada IMDB serta pihak lain," kata Arul.
  
Dalam kenyataan itu, 1MDB mengulangi komitmennya untuk bekerjasama penuh dengan Ketua Audit Negara dan pihak berkuasa lain yang sedang menyiasat syarikat terbabit. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.