Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERJEMAHAN PASAL 3 PERLEMBAGAAN NEGARA PERLU DIPERKASAKAN

Jabatan Peguam Negara mohon jadi pencelah
0
Hudud

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan permohonan untuk menjadi pencelah berhubung usul parti Gerakan mencabar keperlembagaan hudud yang diluluskan oleh Dun Kelantan, Mac lepas.
  
Peguam Gerakan, Chai Ko Ting berkata Peguam Kanan Persekutuan, M. Kogilambigai telah mengesahkan perkara itu ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jalidah Hamid, hari ini.
  
Jalidah kemudian menetapkan lanjutan pengurusan kes pada 11 Ogos ini bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara mengemukakan dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonan mereka.
  
Ko Ting juga memaklumkan bahawa peguam Datuk Sulaiman Abdullah akan bertindak bagi pihak kerajaan negeri Kelantan.
  
Beliau berkata bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram bersama-sama dengan peguam Datuk Harpal Singh dan Tan Sri Chang Ko Youn akan mewakili parti Gerakan dalam usul tersebut.
  
Gerakan telah memfailan permohonan bagi mendapatan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai hudud di bawah perlembagaan.
  
Parti itu memfailkan saman pemula pada 18 Mac lepas bagi memohon pengisytiharan untuk membatalkan enakmen tersebut, yang pindaannya dibentangkan dalam persidangan Dun Kelantan pada tarikh sama.
  
Saman itu difailkan oleh tiga ahli Gerakan Kelantan, Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chun Mon Sie mengikut Perkara 76 dan 76 (A) Perlembagaan Persekutuan agar mahkamah mengisytiharkan enakmen itu batal dan tidak sah.
  
Sidang Dun Kelantan pada 19 Mac lepas meluluskan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) selepas menerima undian sebulat suara 44 Ahli Dun yang menghadiri sidang ber­kenaan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.