Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHLI MAHU HARAKAH DIPERBAIKI

Idris Pengerusi baharu Harakah, Mustafa penasihat


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Harakah yang baru bagi mengantikan Datuk Mustapa Ali berkuatkuasa 1 Julai.

Majlis penyerahan tugas telah disempurnakan di MyHarakah Bazar pagi ini dan disaksikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Tuan Ibrahim yang turut berkata, keputusan tersebuta telah diputuskan pada nesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini.

"Mesyuarat telah bersetuju untuk membuat pertukaran Pengerusi Harakah dari Datuk Mustapa kepada Ustaz Idris.

"Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Datuk Mustafa sebagai Penasihat Harakah, ini adalah kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup lama di dalam Harakah," katanya.

Menurut beliau lagi, Dr Rosli Yaakop akan terus memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan bagi membolehkan beliau meneruskan segala perancangan yang telah dirancang untuk pembangunan media PAS itu.

"Kita masih kekalkan polisi lama iaitu setiap ketua dewan secara automatik dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, itu termasuk Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang turut dilantik sebagai Lembaga Pengarah.

"Dengan pelantikan Pengerusi baru ini kita mengharapkan Idris dapat membawa Harakah kepada kejayaan pada masa akan datang," katanya lagi.

Sementara itu, Mustafa yang telah memegang jawatan sebagai pengerusi lebih 20 tahun yakin Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dapat melaksanakan tugas dengan baik dan membuat penambahbaikan dari beberapa sudut agar Harakah lebih cemerlang sebagai media alternatif.

Dalam pada itu, Idris berpendapat jawatan pengerusi ini merupakan satu cabaran kepadanya dan memerlukan kerjasama dari semua pihak terutama kakitangan Harakah.

"Harakah membawa imej parti dan Islam, kita mahu ia menjadi akhbar alternatif pembangkang yang lebih efektif pada masa akan datang.

"Maklumat yang ingin kita sampaikan biarlah dari sumber yang jelas dan bukannya sumber yang tidak diketahui," kata beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.