Anwar dimasukkan ke HKL petang tadi
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali
lagi dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan
lanjut.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi satu kenyataan hari ini berkata, Anwar sudah dibawa ke HKL petang tadi.
"Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari.
"Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di
bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan
dibuat ke atas buah pinggang beliau," katanya.
Difahamkan, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dibenarkan untuk bertemu Anwar petang tadi.
Bulan lalu, Anwar dimasukkan ke HKL untuk menjalani beberapa pemeriksaan berjadual.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara
lima tahun sejak 10 Februari lalu kerana kesalahan meliwat bekas
pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
3 orang berkata:
Moga cpat sembuh
Moga moga cepatla semboh hendaknya....Amin...
Moga moga cepatla semboh hendaknya....Amin...
Post a Comment