Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH, DAH LE, HU HU HU HARAPAN BAHARU TINGGAL HARAPAN ! NAK TUNGGU KOMEN !

GHB: 'Pemimpin Pas perlu nyatakan pendirian'

Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Pemimpin Pas yang dikaitkan dengan‎ Harapan Baru perlu tampil memberi penjelasan mengenai status mereka, kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata tindakan itu wajar dilakukan bagi mengelak berlaku fitnah dan kekeliruan masyarakat terhadap mereka pada ketika ini.

"Jika berdiam diri akan menimbulkan fitnah dan kekeliruan kepada pengundi," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Pas Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas pemimpin kanan Pas Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata, Harapan Baharu diuar-uar akan menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang dan akan ditubuhkan pada 14 Sept depan.

Sementara itu, Mohd Amar berkata mana-mana wakil rakyat Pas yang bertindak menyertai Harapan Baharu perlu mempunyai sikap bertanggungjawab meskipun mereka tidak perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

"Dari segi undang-undang memang dia (wakil rakyat Pas ) tidak perlu letak jawatan (sebagai wakil rakyat) tetapi dari segi moralnya dia perlu bertanggungjawab," katanya. - Bernama

11 orang berkata:

Anonymous said...

Mu PakKERA.......sudah2lah tu biarkanlah GHB dengan cara mereka.....merekakan dah dibuang olih PAS.....PAS tumpukan segala hasrat cita2 tanpa gangguan lagi.....pabila dah dibuang ditambah pula dengan maki hamun cerca.....nampak sangatlah sebahgian ahli2 PAS ni hatinya telah ROSAK.....

Anonymous said...

Bukankah bila dah tubuh parti baru kira mereka dah terkeluar drp Pas?
kalau ye pun saborlah tunggu bulan depan bila parti baru tu sudah sah ditubuhkan.
Janganlah risau sangat, parti baru tu akan ditubuhkan sebelum pilihanraya la.... pengundi tak akan terkeliru la....
Kalau risau, takut dan gelisah pun, sembunyi2 la sikit. Jangan la sampai semua orang nampak. Buat malu aje bila ulamak tak sabor2 nak tunggu sebulan dua lagi.
Saborlah sikit sebab masanya akan datang jugak.....

Anonymous said...

Apa yang gelabah sangat walaun nih....
Kan ker lenih baik ambik jalan baiki kepercayaan orang melayu pada parti..
Ni terpekik terlolong ni apa hal pulak
Kalau hanya terpekik terlolong tak henti2, bila la parti nak pulih macam asal?
Cuba bawak bertenang, letak ais atas kepala tu bagi sejuk....
siang malam pagi petang kung kang kung kang apa faedahnya?
Kan ker baik kalu bawak bermesyuarat ker, buat ceramah ker, lawat mangsa banjir ker...
Awak tu ulamak. Tak kanlah ulamak nak bior parti pas tu tenggelam timbol..
Ko tak sedar ke sokongan bukan muslim dah capai tahap kosong sekarang?
Ko tak sedar lagi ker sokongan kaum muslim pun dah semakin ke paras hidung?
Ambiklah jalan, buat sesuatu supaya kepercayaan pengundi kuat balik, tak penuh pun dapat suku pun jadi ler...
Ni siang malam meraban, pagi petang meracau pasal GHB ni apa halnya?
yang korang takut sangat, ngeri sangat kat GHB ni apa pasal?
Dengan geng baru nak bersunat pun dah gelabah beruk ni apa hal?

Oiii malam ni makan pil kuda la supaya dapat tido nyenyak.
Besok pagi bangun barulah otak fresh.....
Apa daaaa...

Anonymous said...

Woiiii...bahaya..bahaya...bahaya..
Hati-hati nak jadi wakil rakyat
Kena walak kena pasang baiah
kena cagarkan bini
talak 3 pulak turrr...
mamposss macam nih.

Anonymous said...

Dah 3 bulam muktamar berlalu
Tak habis2 isu GHB..GHB..GHB
Rakyat felda merana, 1mdb, Gst, mangsa banjir; semua dah tak lagi didengar keluar dari mulut sang ulamak. Agaknya GHB lebih penting berbanding dengan denyut nadi rakyat kot?

Anonymous said...

Sokongan bukan islam kepada Pas hampir tiada langsung.
Sokongan Melayu Islam kepada Pas juga semakin merudum jatuh ke paras membimbangkan.
Apa tindakan yang dilakukan oleh pemimpin2 Pas untuk mengatasi masalah ini??

Ado?

Anonymous said...

Saya cadangkan ahli2 Pas yang dikaitkan dengan GHB dipecat daripada parti Pas dengan serta-merta. Nak tunggu mereka memang payah la.. Jadi jangan tunggu2 lagi. Pecat aje. Mintak presiden atau mursidul am menggunakan kuasa vitonya dengan persetujuan majlis ulamak Pas untuk memecat mereka. Biarlah semua ahli Pas dipecat asalkan ulamak dapat diangkat sebagai pemimpin dalam Pas. Yang penting ulamak tu... Yang tak pakai serban pun patutnya dipecat juga sebab mereka tidak bercirikan ulamak. Yang bukan lulusan Timur Tengah juga tidak sepatutnya ada dalam parti Pas sebab mereka ni bukan ulamak tapi progresif. Pecat semua ahli2 yang progresif. Progresif ni menghabiskan beras aje....Pas misti maju setapak dengan diketuai dan dianggotai oleh para ulamak sahaja. Ini baru selaras dengan islam.

Anonymous said...

Masa hudud tak dapat dibincangkan kat parlimen dulu pun tak la gelabah sampai macam nih. Ni pasal GHB lain macam pulak dia punya gelabah. Apa? Ingat GHB tu lebih penting drp hudud ker?

Anonymous said...

Assalamualaikum Nik Amar?
Mudah2an diberi hidayah oleh-Nya.
Tanya satu soalan boleh?
Mangsa2 yang kena banjir kat kelantan hari tu dah dapat rumah ker belum?
Alhamdulillah, semua dah dapat rumah sorang sebijik kan?

Anonymous said...

Daripada ko pusing kepala pikir pasal parti GHB tu, kan ker lebih baik ko pikir cara nak bantu mangsa2 banjir kat negeri ko tu...Ko tau tak, dia orang tu la yang banyak undi ko masa pilihanraya 13 dulu....

Anonymous said...

sorang lagi org pas mulut kena ceret-beret
susah nak baik penyakit ni...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.