Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAPAN BAHARU HARAPAN SEMENTARA

Harapan Baru sukar bertahan kerana pemimpin kecewa

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Dr Mohammad Agus

SHAH ALAM – Nasib parti politik baharu, Gerakan Harapan Baru dijangka berakhir seperti mana-mana parti serpihan lain yang pernah wujud sebelum ini, lebih-lebih lagi apabila ia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Pas yang kecewa pada pemilihan lalu.

Demikian kata penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang tidak menolak kemungkinan itu meskipun ia membawa agenda kepada perubahan politik negara.

“Sukar untuk dinyatakan...tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan Umno sekarang.

“Boleh kekalkah Harapan Baru? Sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat. Berjasa, Hamim dan S46 tak mampu bertahan,” katanya dalam tulisan terbaru di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga berkata, kemunculan Harapan Baru selepas berakhirnya Muktamar Pas Pusat akan melalui laluan sukar kerana tidak kena pada masa dan tempatnya.

“Masa Harapan Baru digerakkan tidak tepat. Ini kerana ia ditubuhkan selepas pemilihan Pas dan ditubuhkan oleh mereka yang tewas. Tempat juga pelancaran tidak kena. Banyak ceramah bermula di Kelantan.

“Mengapa ditumpu pada kawasan kuat Pas? Mengapa tidak dilancarkan di tempat di luar Kelantan atau di kawasan Melayu yang lain. Lebih meriah lagi kalau dilancarkan di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Tambah beliau, biarpun pemimpin progresif Pas yang kecewa ini merupakan tokoh hebat, namun mereka dibayangi dengan kontroversi dengan sejarah masing-masing.

Katanya lagi, sumber kewangan yang terhad juga tidak membolehkan Harapan Baru terus bertahan dalam senario politik hari ini.

“Tanpa sumber kewangan, Harapan Baru sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi.

“Berpolitiklah secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel,” katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

"Berpolitiklah secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel,” katanya lagi.

ko register cita2@agama tuhan yg esa berhukum dgn hukum manusia pun dh "tamat kesehatan" ko dh..bukan setakat x berapa sehat...

kalo ko register cita2 nak jadi pemain bola sepak ko dibawah persatuan bola sepak mana2 negeri atau daerah tu kecik la sikit bunyinya kan..

makananya cita2 nak jadi pemain bola ko tu kene berhukum dgn apa yg persatuan tu syaratkan/tentukan la...main bola je pun..

ini hukum dan dasar tuhan yg esa ko register di bawah siatem demokrasi dgn perlembagaan lord reid..ada 2 lapis tu..tengok elok2 ni
1-sistem demokrasi
2-perlembagaannye disediakan oleh lord reid hehe..2 lapis ye..

engkau telah bawa cita2@agama@dasar@hukuk tuhan yg esa berhukum dgn hukum manusia..

xpayah cite bab label melebel,maki memaki dulu..itu bab pokok tu kasi setle dulu..

ha cite bab pokok tu dulu hehe...

label melebel maki memaki tu dah jauh kedepan sangat cite tu..
...
tu yg mula2 tu..bab pokok tu..

kalo kita ikut org yg mengikut2 orang ni payah hehe..
dia sangka dia x mengikut2..
hehe

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.