Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kisah sedih sepasang ibu bapa tua
Kisah sedih sepasang ibu bapa tua
Gambar hiasan

SEPASANG suami isteri warga emas menaiki teksi dari Gerik ke Kuala Lumpur semata-mata ingin mencari anak perempuan mereka yang sedang belajar di salah sebuah kolej di ibu kota.

“Melihat keadaan mereka buntu seolah-olah tiada arah nak dituju, saya lalu bertanya tujuan kedua-duanya,” demikian luahan seorang pentadbir kolej, Ahmad Ali, 28, ketika menceritakan kisah sedih sepasang suami isteri yang mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’.


Berbicara lanjut, Ahmad berkata, si bapa yang berusia sekitar 70-an yang hanya ingin dikenali sebagai Saad, bercerita kepadanya mengenai kisah kehilangan anaknya itu.


“Pak cik cari anak pak cik, sudah lebih lima bulan dia tak hubungi pakcik dan makcik. Kami hubungi dia  tak dapat dan kali terakhir dia hubungi kami pada Januari lepas beritahu telefon dia hilang.


“Pakcik dan makcik cuba hubungi kawan-kawan dia pun mereka tak tahu di mana anak saya berada. Kami risaukan keadaan dia, makcik pun asyik sakit sahaja sebab risau dan rindu kerana dia satu-satunya anak perempuan yang kami ada.


Kami malah pergi ke rumah sewanya tetapi mendapati rumah berkunci dan rumah sewa itu pula nampak macam sudah lama ditinggalkan. Pak cik tak tahu nak mengadu kepada siapa lagi, walau kami dah uzur, kami gagahi juga datang ke mari untuk bertemu cikgu-cikgu (pensyarah)  di sini jika mereka tahu di mana anak kami berada,” luah pakcik itu lagi.


Mendengar rintihan sayu pak cik itu, lantas Ahmad membawa dia dan isterinya bertemu pihak pengurusan kolej.


Namun apa yang menyedihkan pihak kolej memaklumkan bahawa anaknya itu telah berhenti belajar sebulan lepas.


Kesedihan itu tidak terhenti di situ sahaja kerana kenyataan seorang rakan anaknya yang berada di situ memaklumkan bahawa anaknya tinggal dengan teman lelakinya.


“Saya difahamkan anak pakcik sudah tidak tinggal di rumah sewanya sebaliknya dia kini tinggal bersama teman lelakinya dan sudah bekerja di sebuah pasar raya. Cuma saya tidak pasti di mana dia menyewa sekarang,” kata rakan gadis itu.


Tatkala mendengar, kenyataan itu kedua pasangan suami isteri itu rebah dek kerana tidak tertahan dengan penjelasan itu. Si ibu pula ‘meraung’ dan hampir pengsan.


Kerana hampir berputus asa, akhirnya pasangan warga emas itu mengambil keputusan untuk pulang semula ke Gerik.


“Sehingga kini, saya tidak pasti bagaimana nasib ayah anak gadis itu. Inilah antara contoh remaja dizaman kini, apabila besar, seolah-olah Ibu bapa tiada lagi dalam catatan kehidupan.


“Ketika bercinta, kalau tak telefon buah hati sehari, boleh demam. Tetapi nak telefon ibu ayah di kampung selalu kehabisan kredit, melainkan ketika waktu nak minta duit. Seolah-olah ibu ayah itu bukan lagi tempat cetusan kasih sayang, sebaliknya mesin ATM ketika kita memerlukan wang,” kata Ahmad.


Sehubungan itu, Ahmad turut menasihati anak-anak selalu menghubungi ibu ayah di kampung.


“Mereka tak nak wang atau kemewahan kita, tetapi mereka rindukan kita. Mereka inginkan kasih sayang kita..


“Berkat hidup seorang anak terletak pada reda Ibu bapanya,” kata Ahmad lagi kepada Sinar Online ketika mengakhiri perbualan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.