Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi Doakan Presiden PAS Pimpin Kemenangan Besar
- Butiran
- Diterbitkan: 18 Julai 2015
- Ditulis oleh admin
KUALA LUMPUR -
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam menerima
ucapan Hari Raya 'Iidil Fitri daripada Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia
Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Dalam ucapan tersebut, Presiden kepada Kesatuan Ulamak Sedunia itu juga turut meletakkan harapan yang tinggi kepada Presiden PAS untuk mengemudi bahtera perubahan umat Islam dan rakyat Malaysia secara khususnya.
“Kita merafakkan doa kepada Allah agar menjadikan hari raya ini membawa berita gembira yang baik serta dilimpahi keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kemenangan kepada pihak tuan dan seluruh umat Islam", demikian antara petikan ucapan Hari Raya beliau kepada timbalannya, Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS.

Manakala dalam ucapan balas kepada
ucapan Qaradawi itu, Datuk Seri Tuan Guru Presiden turut mendoakan agar
Dr Yusuf Al-Qaradawi turut diberikan kesihatan yang berterusan untuk
mendoakan agar para pejuang Islam di negara ini sentiasa beristiqamah
dalam menggalas amanah perjuangan Islam sehingga memperolehi kemenangan.
Tuan Guru Presiden PAS telah mencatat sejarah penting di rantau Nusantara apabila dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia yang merupakan antara badan tertinggi ulamak di peringkat antarabangsa. Ianya secara tidak lansung mengiktiraf PAS sebagai gerakan Islam terbesar di tanahair ini.

0 orang berkata:
Post a Comment