DAP nafi beri dana kepada Harapan Baru
KUALA LUMPUR - Tidak timbul soal DAP kini giat mengagihkan dana kepada
pihak tertentu khusus untuk tajaan kewangan bagi menubuhkan parti
Gerakan Harapan Baru, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Beliau menegaskan parti itu sendiri memerlukan dana dan bersedia menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak.
"Kita perlukan dana. Siapa yang hulur tangan untuk derma, kita akan
terima. Kita beri dana kepada sesiapa saja, isu ini tak bangkit.
"Persoalan yang timbul mengatakan DAP mengagihkan dana (kepada Harapan
Baru) tidak timbul lagi kerana kita sendiri memerlukan dana," katanya
kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan Parlimen,
di sini, hari ini.
Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan penubuhan parti
Islam baharu itu dipercayai ditaja sepenuhnya oleh DAP selepas Pas
memutuskan hubungan dengan parti itu pada Jun lalu.
Harapan Baru yang dipelopori oleh kumpulan progresif Pas yang
ditewaskan pada Muktamar Pas Pusat lalu dikatakan sealiran dengan DAP
apabila membawa agenda Pakatan Rakyat 2.0 dan membawa imej Islam
sederhana.
Sementara itu, Kit Siang selaku Ahli Parlimen Gelang Patah juga berkata
penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 masih di peringkat perbincangan bagi
menggantikan kerjasama politik itu yang berkubur sejak Muktamar Pas
lalu.
"Ada keperluan kepada kenderaan baharu supaya dapat membawa harapan dan aspirasi rakyat.
"Kita sudah bincangkan tentang kenderaan baharu ini sama ada Pakatan
baharu atau PR 2.0 ataupun Harapan Rakyat. Ia masih dalam proses
(perbincangan)," katanya lagi.
2 orang berkata:
Yang kena KASI ni kau sendiri .kalau kucing kena kasi dia tak beranak dah ,kau ni tak tahu lah pulak.kah.kah.kah.pakakrmutui kena KASI.bergurau pakkarmu
Apakah PAS hanya tinggal blogger-blogger fitnah dan maki hamun untuk belanya? Tiadakah lagi golongan yang membela PAS dari blogger yang baik budi bicaranya? Semoga dengan teguran dapatlah blogger untuk sama menginsafi dan akhirnya mencerminkan kecantikkan Islam dan PAS itu sendiri. Insha Allah
Post a Comment