Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREBAK

Kemelut politik Najib dapat perhatian negara luar

Kemelut politik Najib dapat perhatian negara luar
Sebuah akbar utama di Indonesia menjadikan krisis yang dihadapi Najib sebagai muka hadapan.


JAKARTA – INDONESIA. Kemelut politik serta dakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan wang dari dana berkaitan kerajaan menjadi perhatian negara luar.

Terbaharu, sebuah akbar utama di Indonesia menjadikan krisis yang dihadapi Najib sebagai muka hadapan akhbar dengan tajuk Badai Politik Najib.

Laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa Najib kini berada dalam keadaan tertekan apabila didakwa menerima aliran wang sejumlah RM2.6 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimasukkan ke beberapa akaun peribadinya.


Akhbar tersebut memetik laporan yang telah dibuat oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report.


[ARTIKEL BERKAITAN: Najib popular di carta Wall Street Journal]
Laporan itu turut mendakwa berlaku dua transaksi besar dalam akaun Najib iaitu pada Mac 2013 atau sebelum PRU berjumlah USD 621 juta dan USD 61 juta.


Manakala transaksi terbaharu pula berjumlah RM42 juta pada akhir 2014 dan awal 2015 yang dipercayai dari SRC International Sdn. Bhd.


Akhbar berkenaan turut memaparkan bahawa Najib terancam digulingkan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dengan menyebut skandal Najib sebagai sesuatu yang memalukan bagi Malaysia.


Dr Mahathir sebelum ini juga telah meminta supaya Najib bertanggungjawab ke atas kehilangan wang berbilion ringgit yang dipinjam 1MDB atau berundur.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.