Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUNGKIN KERANA MARAH ATAU ADA AGENDA ?

Pak Karamu tertunggu-tunggu berita bodoh ini keluar, selama ni berita ni terpendam. benar atau tidak berita ni kita belum pasti, akan tetapi berita ini akan menyebabkan PAS dan PKR akan beramukan dan akan menerima padah yang berat, Pak Karamu PASTI !

Pak Karamu yakin dengan berita ini akan keluar pula cerita keburukan Anuar yang semua rakyat di negara ini maklum, malah mungkin akan ada lagi cerita yang lebih aib, ini gara-gara kebijakan Saifuddin berpolitik, kita belum tahu apa pula kenyataan Hadi selepas ini, kita harap HADI PERLU BUAT KENYATAAN SELEPAS INI SAMA ADA MENAFIKAN ATAU MENGAKU PERNAH BERBUAT SEBAGAIMANA YANG DI DAKWA - Pak Karamu             

 

Friday, 10 July 2015

Hadi Pernah Hina Anwar Dengan Bahasa Yang Amat Kasar Dan Tak Berakhlak


Bekas setiausaha agung PKR dedah Anwar dihina ketika krisis Selangor


Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari semasa berjumpa dengan presiden PAS untuk membincang krisis menteri besar Selangor.


Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari individu dipercayai presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mahu membincangkan kemelut menteri besar Selangor tahun lalu.

Walaupun tidak menyatakan identiti Hadi secara langsung, Saifuddin mengimbas peristiwa ketika dirinya menemani ketua umum PKR berjumpa dengan individu terbabit untuk mengadakan perbincangan.

"Masih ingat saat aku menemani Datuk Seri Anwar berjumpa dengannya. Bagaimana Datuk Seri Anwar diaibkan dengan bahasa yang cukup kasar," katanya dalam status Facebook hari ini.‎

Perbincangan itu dipercayai merujuk kepada ‎pertemuan singkat Anwar dengan Hadi di Terengganu untuk menukar jawatan menteri besar Selangor yang ketika itu disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saifuddin berkata, pertemuan itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil kerana individu itu beredar kerana kurang sihat implikasi pengambilan ubat.

"Perbincangan terhenti. Dia kemudian beredar. Dua temannya yang juga turut hadir kemudian meminta maaf. Dia baru makan ubat kata mereka.

"Aku dan Datuk Seri Anwar kemudian meminta diri. Indahnya akhlak," katanya sinis.

Bekas ahli Parlimen Machang itu berkata, dirinya menyaksikan sendiri Anwar dihina dan menganggap individu itu "bukan malaikat" yang perlu dipertahankan.

Beliau turut menggambarkan individu tersebut semasa pertemuan itu‎ sebagai "amat kasar" dan Anwar pula bersikap "amat lemah lembut".

"Yang hadir di situ saya. Yang tengok dan dengar sendiri kata penghinaan itu saya.

"Yang dok cerita lebih-lebih kata dia lebih tahu pula sebenarnya tak ada di situ pun. Tapi pertahan gila-gila... 'dia bukan malaikat'," katanya.

Pada Ogos tahun lalu, media melaporkan Anwar dan Hadi mengadakan pertemuan sulit di sebuah hotel di Kuala Ibai, dekat Kuala Terengganu, namun beberapa sumber dalaman parti mendakwa perbincangan itu gagal mencapai kata penyelesaian.

Anwar dilaporkan enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa.

"Perjumpaan biasa... kita baru dalam proses perbincangan... bincang banyak isu... hasilnya macam biasa," kata Anwar dipetik Astro Awani ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 12 Ogos lalu.

- tmi

4 orang berkata:

Anonymous said...

Memang selayaknya nuar dimaki dengan bakaroh atau all kalb sekurang kurangnya

Anonymous said...

Peranagi ahli pas dan peminpin Pas makin hina nampaknya .ini telah di tarbiah oleh guru mereka ,hati pengikut dah tak nampak kejahatan yang dilakukakn oleh peminpin mereka ,mereka hanya nampak bersih je.tak berdosa pun apa yang dilkaukan oleh tok guru mereka.bahasa makin busuk ,bahasa menunjukan wajah,lihat wajah hadi ,haron din dan sekarang lihat wajah Pkaarrrmu tak ubah macam setan ,tunggulah kau pula pakarmu akan dihina seperti hadi dan haron,tak percya kau tunggu.kau jangn ajdi penjilat sangt ,

Anonymous said...

Ulamak pill kuda dan tolol berada di Terengganu.

Anonymous said...

Hadi awe mmg riak
Bengong...
Lebih kurang ngan ayah pin je mamat ni

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.