Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Najib dapat wang, muh kite mesyuarat

MP pembangkang mesyuarat di padang kawad
0
MP pembangkang mesyuarat di padang kawad
 
 
KUALA LUMPUR - Mesyuarat tergempar ahli Parlimen pembangkang yang berlangsung hari ini terpaksa diadakan di padang kawad berhampiran menara bangunan Parlimen.
 
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, pihaknya dimaklumkan bilik taklimat yang sepatutnya digunakan untuk mesyuarat tersebut telah ditempah untuk kegunaan Kementerian Belia dan Sukan.
 
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, mesyuarat itu bertujuan untuk mendengar pandangan ahli Parlimen berkaitan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan menerima sejumlah wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).
 
"Apa yang berlaku kepada Perdana Menteri, peristiwa ini mencurigakan. Jadi ini kali pertama Parlimen dipanggil oleh Ketua Pembangkang untuk bermesyuarat kerana ini tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat.
 
"Isu 1MDB telah membuatkan kita tertanya-tanya kesahihan kerajaan kita. Jadi pada hari ini kita nak dengar pandangan anda semua," katanya ketika berucap di hadapan ahli Parlimen yang hadir.
 
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah beberapa pemimpin NGO.
 
Bagaimanapun, tiada ahli Parlimen BN yang dilihat hadir dalam mesyuarat tersebut.

2 orang berkata:

pelangsing wsc biolo said...

dapat uang mau lebaran buat mudik tuh

wsc biolo said...

pejabat dapat uang ,rakyat dapat utang

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.