Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS HANYA MENGINGATKAN

KEPADA MP DAN ADUN YANG TERLIBAT DENGAN PARTI  PAS. PAS HANYA MENGINGATKAN TENTANG BAI'AH, BUKAN ADA KEPENTINGAN LAIN, IBARAT SEBUSUK-BUSUK DAGING DI BASUH DIKINCAH, DIMASAK DIMAKAN JUGA, SEPUTIH-PUTIH HAMPAS KELAPA BIBUANG JUGA !  INGATAN INI HANYA UNTUK MENYEDARKAN APA YANG KAMU TELAH IKRARKAN DAHULU, PAS TAK PERLU HANTAR SURAT, SENDIRI MAHU INGATLAH ! 

KEPADA MANA-MANA MP ATAU ADUN YANG TERLUPA ATAU MENGATAKAN BAI'AH BUKAN MASALAH ATAU MEMANDANG RENGAN TENTANGNYA ITU TIDAK MENGAPA, TERPULANG KEPADA MEREKA, PAS HANYA MENGINGATKAN SEBELUM APA-APA MUSIBAH BERAT BERLAKU KEATAS DIRI MASING-MASING - Pak Karamu

Baiah bukan masalah, kata Khalid Samad





Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad



KUALA LUMPUR - Bai'ah atau sumpah janji setia bukan satu masalah besar kepada kumpulan progresif Pas yang menyertai parti baharu, Harapan Baru (HB).


Demikian kata Ahli Jawatankuasanya, Khalid Samad sambil mengulangi desakannya supaya Pas Pusat mengeluarkan pendirian rasmi mengenai perkara itu.


"Bai'ah bagi kami ianya tidak merupakan satu masalah dan saya berkali-kali mengharapkan Pas Pusat akan mengadakan mesyuarat dan satu pendirian yang rasmi dikeluarkan.


"Sekarang ini banyak sangat pandangan dan pendirian (pemimpin Pas), biar ada pandangan rasmi, kemudian mereka kena hantar surat kepada kami dan kami akan respon setelah menerima surat itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz semalam yang mengingatkan wakil rakyat Pas bahawa mereka tidak boleh melanggar bai'ah jika berhasrat meninggalkan parti.


Katanya, calon atau wakil rakyat Pas telah menerima amanah daripada parti sebagai wakil rakyat dengan janji setia memegang amanah bersama parti Islam itu.


Sehubungan itu, Nik Abduh mencabar wakil rakyat Pas yang mahu melanggar sumpah itu supaya mencari fatwa yang membenarkan pelanggaran bai'ah itu dilakukan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.