Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERHUBUNGAN PKR DAN DAP AKAN RUNRUH

BAYANGKAN APABILA SIKAP BISU PKR APABILA DIMINTA MEMILIH DIANTARA BERSAMA DAP ATAUPUN PAS BELUM TERJAWAB SEHINGGA KINI ? CER JAWAB SECARA IKHLAS, BUKANKAH PKR AKAN MENDERITA KEKALAHAN PADA PRU 14 ? , PKR AKAN KALAH TERUK PADA PRU 14, JANGAN NAK JAWAB KERANA NAK NAIKKAN SEMANGAT AHLI ATAU MASYARAKAT, RIYALITINYA PKR JUGA MAKLUM BUKAN ? PKR AKAN KALAH TERUK ATAU KEMENANGANNYA HANYA DIPEROLEHI DITEMPAT YANG MENDAPAT SOKONGAN DAP , BERAPA KURSI PARLIMEN DAN DUN ? KITA SAKSIKAN NANTI JIKA PKR TERUS BISU. WAKTU KEBELAKANGAN INI RAMAI AHLI PKR BERCAKAP DI WARUNG DAN KEDAI KOPI MENGATAKAN PAS AKAN DIKUBURKAN OLEH G18 DAN PASMA - Pak Karamu   

                
Hubungan PKR, Pas di Perak masih utuh
Muhammad Nur Manuty
Muhammad Nur Manuty
IPOH - PKR Perak menegaskan hubungan parti itu dengan Pas Negeri masih utuh walaupun berlaku konflik membabitkan Pas dan DAP di peringkat pusat.

Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perkara itu jelas menunjukkan tiada sebarang masalah ditimbulkan di antara kedua-dua pihak.

“Persoalan mengenai hubungan PKR dan Pas Perak tidak timbul dalam konflik ini.

“Kita masih kekal menjalinkan hubungan dengan Pas Perak sepertimana sebelum ini sama ada di peringkat negeri mahupun pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian, di Wisma PKR Negeri, di sini, semalam.

Menurutnya, PKR pada ketika ini berusaha mencari jalan penyelesaian bagi menjernihkan kembali hubungan antara Pas dan DAP.

“Peranan itu sedang kita jalan sekarang malah telah ada perjumpaan di peringkat pusat antara PKR serta DAP baru-baru ini, membincangkan status dan pengukuhan PR,” katanya.

Beliau berkata, di peringkat negeri juga PKR Perak berharap perbincangan antara ketiga-tiga parti dapat berlangsung dalam kadar segera.

“Kita belum bersua muka lagi namun saya optimis PR Perak dapat menangani isu keretakan hubungan ini dengan baik dan penuh semangat setia kawan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa supaya kerajaan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kesihatannya pada ketika berada di tahap membimbangkan.

“Seharusnya perkara ini diutamakan oleh pucuk pimpinan ketiga-tiga parti bukan terperangkap dengan permainan BN yang dilihat cuba memecahkan blok PR selepas pemenjaraan Anwar,” katanya.

1 orang berkata:

XUMNO said...

Ini bukan lagi kes telan mati anak, buang mati emak. Situasi kali ini jika PKR pilih Dap, ia akan jadi kaldai cina2 Dap terutama di Selangor. Dap ada 15 kerusi, pkr 12. Tapi berapa kerusi pkr yg dimiliki oleh bukan-melayu? Boleh jamin adun2 bukan-melayu pkr tidak memihak pada Dap bila timbul isu2 yang sensitif terutama yg melibatkan agama dan bangsa melayu? Sebaliknya semua 15 kerusi Pas adalah adun melayu-islam yg tidak akan menjatuhkan pentadbiran Azmin. Dan dalam kemelut seperti ini Adun umno tidak akan mengkhianati apa2 program kerajaan Selangor yg menguntungkan bangsa dan agama.Pemimpin2 PKR jangan berlagak sombong kononnya Pas akan lingkup dalam pru14 nanti, kerana amat jelas yang lingkup nanti adalah PKR sendiri ketana kekuatan Pas adalah sokongan orang melayu manakala PKR bergantung harap pada pengundi campuran. Nurul dan Zuraidah tentu tak rasa geli dengan Pas lagi memikirkan masa depan PKR.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.