Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELAGI NAJIB TAK SAMAN, SELAGI ITU RAKYAT PERCAYA

Muhyiddin sambut baik penafian Najib

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini menggesa pihak berkuasa tempatan segera bertindak untuk menyiasat tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan mediia antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ).

Menurutnya, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dapat mencari kebenaran.

"Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini WSJ. Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan Perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib. 

"Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, WSJ melaporkan hampir AS$700 juta dana disalurkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam lima akaun peribadi Najib yang berasingan pada Mac 2013 sementara 1MDB menafikan dakwaan tersebut.

Menurutnya, uduhan berat itu perlu dijelaskan oleh Najib susulan dakwaan ituu bersifat peribadi.

"Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

"Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Datuk Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian," katanya.

Tambahnya, tindakan undang-undang ke atas pihak yang membuat tuduhan sekiranya Najib yakin dakwaan tersebut hanya fitnah semata-mata.

"Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau.

"Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan," katanya.

Beliau turut meminta semua pihak bertenang sehingga kebenaran muncul selepas disiasat.

"Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, ALLAH S.W.T akan memberikan kita segala Taufiq dan Hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.