Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIADA KERJASAMA DENGAN HARAPAN BAHARU

MEMANG MANA-MANA JAMA'AH ISLAM YANG TERPUKUL DENGAN BEKAS AHLINYA SENDIRI ADALAH SUKAR UNTUK BEKERJASAMA DENGAN MEREKA DAN MEMANG MANA-MANA JAMA'AH ISLAM SENTIASA  DIUJI OLEH ALLAH S.W.T DENGAN BERBAGAI UJIAN, ITULAH FITRAH DARIPADA ALLAH S.W.T YANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN, KERANA ITULAH JUGA MANA-MANA NABI DAN RASUL YANG DIUTUSKAN OLEH  ALLAH S.W.T WAJIB MENERIMA UJIAN DARIPADA  ALLAH  S.W.T DAN TIADA SEORANGPUN DIANTARA MEREKA YANG TIDAK DIUJI - Pak Karamu                                      

Pas, Harapan Baharu tak akan kerjasama

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob


TUMPAT - Pas membayangkan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) yang ditubuhkan oleh beberapa orang anggotanya, kata Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata ini kerana Gerakan Harapan Baharu adalah sebuah parti baharu yang dasar perjuangannya masih belum jelas.

"Kami tak boleh bersama sebab dia (Harapan Baharu) parti lain. Kami sedia lawan mereka dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya di Wakaf Baharu di sini, hari ini.

Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan Pas daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

Harapan Baharu itu dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpin Pas yang menyertai Harapan Baharu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata parti itu mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.

"Setakat ini kami bagi peluang. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum ambil apa-apa tindakan terhadap bekas pemimpin Pas yang terlibat. Kami tengok dahulu keadaan.

"Mungkin itu satu cara yang diambil Presiden, tidak gopoh dalam mengenakan tindakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan bekas pemimpin atau mana-mana anggota Pas yang ingin menyertai Harapan Baharu agar 'berundur secara terhormat' daripada Pas.

"Kalau mereka nak isytihar Harapan Baharu, dia terpaksa meninggalkan segala-galanya. Kena berdikari sendiri, guna cawangan sendiri, guna wang sendiri.

"Dalam sebuah negara yang demokrasi, kami mengalu-alukan (penubuhan Harapan Baharu),tapi jangan berada dalam Pas dalam keadaan yang tak menentu. Harapan Baharu pun tak, Pas pun tak... itu masalah," katanya. -  Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.