Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUAN IBRAHIM BERPANDANGAN JAUH DAN ADVANCE

Kenyataan perdana menteri hanya memakan diri

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim
 
SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai siasatan pasukan petugas khas berkaitan 1MDB.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Najib hanya memakan dirinya sendiri.

Katanya, Najib tersilap langkah apabila beliau sendiri menerangkan skop siasatan pasukan petugas khas itu yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana kepada akaun-akaun bank yang didakwa dimiliki Najib.

“Kenyataan Najib pada 8 Julai lalu hanya mengundang persepsi bahawa pasukan tersebut tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib.

“Selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini, tindakan itu tidak betul dalam usaha Najib membersihkan namanya,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dalam kenyataannya Tuan Ibrahim,  turut mengulangi kenyataan Najib yang berbunyi ‘siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.

“Tindakan ini lebih buruk daripada hakikat bahawa empat individu yang mengetuai pasukan siasatan iaitu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim  Mohamed, and Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekerja di bawah beliau.

“Kerana itu, Pas sekali lagi menegaskan bahawa Najib perlu bercuti agar siasatan dilihat bersih. Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah walaupun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata,  siasatan pasukan petugas khas bukan sahaja perlu menentukan kebenaran dakwaan tersebut benar atau tidak.

“Tetapi jika benar, siasatan juga harus diteliti ke mana dana tersebut disalurkan dan siapa penerimanya.

“Kami mahu siasatan diselesaikan segera. Kita tidak mahu rakyat terus bimbang dengan keadaan sekarang,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.