Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Video Lester Melanyi dedah penglibatan pembangkang

Lester Melanyi
Lester Melanyi

KUALA LUMPUR - Penglibatan beberapa ahli politik pembangkang yang didakwa memalsukan kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didedahkan menerusi bahagian ketiga dan keempat video pengakuan bekas pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao Krishnan berkata bahagian ketiga dan keempat video itu akan disiarkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

"Kita akan keluarkan video itu secara 'slowly' dan kita akan menjawab segala dakwaan pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown. Selain itu, video tersebut akan mendedahkan orang Malaysia yang pernah berhubung dengan Lester seperti ahli-ahli politik pembangkang dan dalang kes Sarawak Report yang siap salur dan beri maklumat," katanya.

Ramesh Rao berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini berhubung pendedahan Melanyi menerusi bahagian kedua video itu.

Dalam video berdurasi 6.02 minit itu, Melanyi mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report mengenai syarikat pelaburan negara 1MDB itu didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam video itu, Melanyi turut menamakan seorang pakar pereka laman web berpangkalan di London yang didakwanya diupah Rewcastle-Brown bagi mengubah dan mereka e-mel serta perjanjian palsu sehingga kelihatan tulen.

Ramesh Rao seterusnya berkata polis telah mengambil keterangannya susulan laporan polis yang dibuatnya bersama bukti keterangan Melanyi di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada 15 Julai lepas, pada 8 malam hari yang sama.

Dalam pada itu, Ramesh Rao berkata beliau mengenali Melanyi sejak dua bulan lepas mengenai pendedahan itu dan sering berhubung menerusi telefon serta berjumpanya di ibu kota dan di Sarawak.

Beliau juga yakin polis dapat merungkai segala persoalan termasuk pendedahan Melanyi yang mendakwa pernah bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo.

Laporan media sebelum ini menyebut pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat sulit berkaitan dengan projek usahasama PetroSaudi dengan 1MDB daripadanya untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.