Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN MAHFUZ BAGAIKAN SORONG MAKAN TARIKPUN MAKAN, MAIN SELAMAT

Pas perlu bijak tangani isu Harapan Baru

Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar - Foto Bernama

ALOR SETAR - Kepimpinan baharu Pas perlu bijak tangani kemelut yang dicetuskan gerakan Harapan Baru dan berhak mengambil tindakan terhadap ahlinya jika didapati melanggar mana-mana peruntukan atau fasal-fasal perlembagaan parti, termasuk memecat keahlian mana-mana individu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut menyifatkan Harapan Baru tidak akan memberi kesan besar terhadap parti itu sekiranya kepimpinan Pas terlebih dahulu memperbaiki segala kekurangan yang ada serta mengembalikan keyakinan ahli dan masyarakat.

“Sama ada beri kesan besar atau tidak, bergantung kepada bagaimana kepimpinan parti memberi reaksi terhadap cabaran yang mendatang. Jika pimpinan Pas berjaya atasi semua kelemahan yang ada, saya percaya Harapan Baru tidak beri apa-apa kesan. Namun jika pimpinan tidak berbuat sesuatu dalam usaha memperbaiki persepsi-persepsi negatif, tanpa Harapan Baru pun beri kesan,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka beliau, semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Pas kini berdepan dilema, gara-gara wujud dua puak dalam parti itu, di mana sebahagian masih taat pada perjuangan asal Pas manakala sebahagian pro Harapan Baru, Mahfuz berkata, kepimpinan baharu Pas perlu memainkan peranan secara bijak.

“Pemimpin perlu lihat perubahan generasi kini yang berfikiran berbeza. Mereka berdepan cabaran jauh lebih hebat berbanding dahulu, perlu ada kebijaksanaan untuk mendekati golongan ini, tidak boleh statik dengan pendekatan zaman lampau semata-mata,” katanya.

Menurutnya, kepimpinan juga harus memberi tumpuan kepada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) agar sokongan mereka tidak beralih kepada Harapan Baru, kerana tidak mustahil ia boleh berlaku jika mereka hilang keyakinan terhadap parti itu.

Ditanya kewajaran pengasas Harapan Baru yang secara terang-terangan berkempen untuk menubuhkan parti baharu sedangkan masih ahli Pas, bekas Ketua Penerangan Pas itu berkata, terpulang pada gerakan itu untuk mengambil langkah seterusnya selepas keahlian mereka dipertikaikan.

“Nak kata mereka memecahbelahkan Pas, kena lihat sejauh mana kesannya. Saya yakin ahli Pas mampu berfikir mana baik atau sebaliknya, terpulang pada ahli untuk buat penilaian masing-masing,” katanya.

Mahfuz yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena tidak menghalang ahli Pas kawasan itu menghadiri kempen jelajah Harapan Baru termasuk ceramah Umno sekalipun, jika sekadar mahu mendapatkan maklumat berkaitan, kerana yakin ahli bijak membuat penilaian.

Mengulas sama ada beliau ‘dilamar’ Harapan Baru untuk menyertai parti baharu kelak, berikutan dakwaan namanya antara sembilan ahli parlimen yang bakal menyertai parti itu, Mahfuz sekadar memberi gambaran akan kekal bersama Pas dan menjalankan amanahnya sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena.

“Saya masih ahli Pas dan ada tanggungjawab yang diamanahkan di Pokok Sena. Saya tidak tahu menahu pergerakan Harapan Baru. Itu khabar angin sahaja, bukan kenyataan saya sendiri,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.